Aksi Liga Super 2023 terus bersambung dengan salah satu perlawanan tumpuan membabitkan antara Negeri Sembilan menentang Kedah Darul Aman (Kedah), di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.
Kedah yang sebelum ini tampil dengan kekalahan mengejut di tangan Kuala Lumpur City (KL City) berada dalam tekanan tersendiri dalam misi untuk kembali pada prestasi sebenar.
Back to #LigaSuper2023 action! All to play for tomorrow! ✊
🏆 LS 10 | Liga Super 2023
🆚 Negeri Sembilan FC
📆 28 April 2023, Jumaat
🕖 8.15 malam
🏟️ Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi#2023season #membinaimpianmengupayalegasi #LigaSuper2023 #NSEKDA pic.twitter.com/CKeunRp9Hq
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 27, 2023
Menerusi rombakan yang dibuat tahun ini, ramai yang mengharapkan Kedah mampu untuk menjadi lebih baik berbanding musim lalu setelah melihat senarai pemain dipilih termasuk kejurulatihan.
Nafuzi Zain menjadi antara nama besar yang berjaya ditandatangani Kedah untuk menggantikan khidmat Aidil Sharin Sahak selaku ketua jurulatih pasukan musim ini.
Walaupun bermula dengan langkah positif sejak pramusim, Kedah gagal mengekalkan momentum tersebut dengan tampil tidak konsisten serta merekodkan kekalahan tidak dijangka.
Malah, pemain-pemain import yang ditampilkan Kedah musim ini jelas tidak begitu menonjol dengan impak diberikan tak seperti diharapkan dalam setiap perlawanan dihadapi.
Musim ini, Kedah sudah pun ditewaskan pasukan lawan sebanyak tiga kali dalam aksi Liga Super, dan keputusan ketika bertemu PDRM di Alor Setar antara sangat mengecewakan penyokong.
Pastinya penyokong Sang Kenari tidak mengharapkan Negeri Sembilan pula tiba pada malam ini untuk mengaibkan Kedah di Paroi, serta menyebabkan pasukan tersebut terus keciciran mata musim 2023.
Persiapan akhir pemain menjelang sepakmula malam esok.
🏆 LS 10 | Liga Super 2023
🆚 Negeri Sembilan FC
📆 28 April 2023, Jumaat
🕖 8.15 malam
🏟️ Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pic.twitter.com/N3gqJdZ4yZ— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 27, 2023
Berdepan Negeri Sembilan malam ini, Kedah sebenarnya masih lagi segar dengan kekalahan di tangan KL City menerusi keputusan 2-3 di laman sendiri serta mendapat kritikan ramai melalui media sosial.
Negeri Sembilan sebelum itu juga tidak begitu memberansangkan daripada segi keputusan, dengan kali terakhir mereka terikat seri 1-1 sewaktu bertemu Perak di Ipoh.
Tampil dengan persiapan yang serba kekurangan, Negeri Sembilan sebenarnya agak baik daripada segi keputusan menerusi dua kemenangan serta empat seri serta hanya dua kali sahaja tewas.
Bertemu Kedah malam ini, ianya merupakan tugas berat buat K. Devan untuk memastikan mereka mampu mencatat rekod lebih baik di gelanggang sendiri bagi berdepan Kedah.
Seperti Kedah, pasukan ini turut menghadapi masalah penyudah di hadapan gawang gol dan ini menjadi detik pertemuan menarik untuk melihat penyerang kelab mana lebih menonjol.
Antara pemain tumpuan malam ini pastinya terarah kepada dua penyerang import pasukan iaitu Willian Lira serta Casagrande yang bakal menjadi sandaran utama untuk merobek gawang gol masing-masing.
Rekod 5 pertemuan terakhir diantara Negeri Sembilan FC dan Kedah Darul Aman FC.
Kedua-dua pasukan akan bertemu di Paroi dalam aksi Liga Super, malam esok.
Tiket perlawanan telah mula dijual secara atas talian melalui pautan https://t.co/4CxewXVP5o. pic.twitter.com/vyvnQaKaV0
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) April 27, 2023
Apapun, jika Kedah terus tidak mempamerkan konsistensi terbaik sudah tentu Negeri Sembilan tidak akan melepaskan peluang untuk cuba meraih sebanyak mana peluang terbuka bagi memalukan Sang Kenari.