Liga Super: 3 Gol Dicetak Kedah Umpama Simbolik 3 Bulan Gaji Melaka United Tertunggak

Melaka United terus dihimpit rasa malang pada musim ini dalam saingan Liga Super, dengan terbaharu mereka mencatat kekalahan di tangan Kedah Darul Aman (KDA) menerusi keputusan penuh 0-3.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat itu, Melaka United turun tanpa seorang pun kelibat pemain import selain masih lagi terbeban dengan masalah gaji yang menghimpit pasukan tersebut.

KDA yang masih lagi segar dengan kemenangan mereka pada minggu lalu ke atas Penang, berjaya menewaskan tuan rumah menerusi dua jaringan Mahmoud Nayef Ahmad AlMardi serta Fayadh Zulkifili.

Pada awal lima minit permainan menyaksikan bola lebih banyak berlegar di tengah padang dengan tiada sebarang percubaan berbahaya dapat dilakukan kedua pasukan untuk mendapatkan gol awal perlawanan.

Di bahagian tengah, KDA jelas lebih menyerlah menerusi gandingan Sanrawat Detchmitr dan Khairu Azrin yang tenang menyusun gerakan serta mengawal tempo perlawanan.

Sementara Melaka United pula cuba bergerak di bahagian kiri dan kanan untuk mencipta sesuatu, namun masalah dihadapi mereka apabila terlalu kerap kehilangan bola untuk kembali dikuasai pasukan pelawat.

Mahmoud Al-Mardi berjaya membuka jaringan pertama buat pasukan pelawat pada minit ke-13 menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Syazwan Zainon.

Situasi kelam kabut dalam petak penalti Melaka United itu memberi ruang buat penyerang kebangsaan Jordan itu untuk meledak gol pertama perlawanan, dan memberi kelebihan buat pelawat di awal separuh masa pertama.

Melaka United mendapat beberapa peluang untuk kembali menyamakan kedudukan setelah ada kesilapan dibuat oleh pemain KDA yang sedikit leka sehingga memberi ruang kepada tuan rumah mencipta sesuatu.

Namun, ketumpulan serangan Melaka United menjadi penghalang untuk mereka mendapatkan gol yang dicari-dicari di separuh masa pertama ini.

Walaupun berkelebihan dengan pemain import, KDA dilihat agak bergelut kadangkala untuk menyerap asakan lawan serta kerap membuat kesilapan yang memberi kelebihan buat Melaka United mencipta sesuatu.

Selepas 50 minit perlawanan berlangsung, KDA masih lagi mendominasi perlawanan dengan baik dengan beberapa peluang berjaya dicipta, namun ketumpulan jentera mereka jelas dirasai untuk pasukan tersebuy menambah sebarang gol.

Fayadh Zulkifli berjaya menambah derita pasukan tuan rumah setelah berjaya menjaringkan gol kedua buat KDA pada minit ke-83 untuk mengukuhkan kedudukan semasa mereka di separuh masa kedua ini.

Mahmoud Al-Mardi terus mempamerkan karakter cemerlang beliau pada perlawanan ini setelah berjaya meledak gol ketiga buat KDA pada minit ke-89 menerusi gerakan lincahnya yang bijak memperdayakan pertahanan lawan.

Keputusan perlawanan kekal dengan KDA berjaya menewaskan Melaka United dengan keputusan penuh 3-0 di tempat lawan dalam misi mereka untuk berada di kedudukan lima terbaik dalam saingan Liga Super.

Kesebelasan utama

Melaka United: Tian Keat See (Penjaga gol), Ahmad Haziq Ahmad Puad, Muhammad Fauzan Mohd Fauzi, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Norshahrul Idlan Talaha, Mohamad Fakhrullah Rosli, Muhammad Fadhil Idris, Harith Naem Jaineh, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli (Kapten), Mohamad Fadhli Mohd Shas

Kedah Darul Aman: Mohd Shahril Saari (Penjaga gol), Marcos Vales Gonzalez, Mohd Akmal Md Zahir, Muhamad Azmeer Aris Nor Rashid, Muhamad Kamil Akmal Abd Halim, Muhammad Khairu Azrin Khazali, Mohd Syazwan Zainon (Kapten), Mohamad Al-Hafiz Harun, Sanrawat Detchmitr, Mahmoud Nayef Ahmad AlMardi, Ronald Ngah Wanja

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN