Liga Super 2021: Baddrol Bakhtiar Bangkit Bantu Kedah Tundukkan PJ City

Baddrol Bakhtiar Kedah PJ City 2021

Bukan hanya Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bangkit menewaskan PJ City FC, Baddrol Bakhtiar juga bangkit daripada kritikan hebat yang diterimanya baru-baru ini.

Kedah berjaya menewaskan PJ City dengan keputusan 3-1 di Stadium Darul Aman hasil jaringan Baddrol Bakhtiar, Kpah Sherman dan Fayadh Zulkifli. Ini merupakan kemenangan kedua mereka untuk musim 2021 selepas empat perlawanan.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak membuat percaturan berani dengan mengubah skuadnya apabila meletakkan Fandi Othman di bek kiri dan bekas penyerang JDT II, Rozaimi Abd Rahman dalam senarai kesebelasan utamanya malam ini.

Rozaimi sememangnya dicanang-canang untuk tersenarai apabila dalam dua aksi berdepan Sabah FC dan Penang FC, beliau berjaya mengubah rentak serangan Kedah apabila dimasukkan sebagai pemain gantian dalam aksi babak kedua.

Begitupun, tiada apa yang mampu dijelmakan oleh bekas penyerang muda skuad negara itu dan telah digantikan pada permulaan babak kedua oleh Fayadh Zulkifli.

Bermain dengan formasi 3-4-3, PJ City jelas bakal menggunakan lima pertahanan apabila dalam fasa bertahan dan ini yang telah membuatkan tuan rumah sukar untuk memecah masuk ke kawasan defensive third pelawat di babak pertama.

Kpah Sherman mahupun Kipre Tchetche yang diketahui memiliki sentuhan cemerlang di Darul Aman terus buntu untuk memecah blok pertahanan PJ City. Peluang terbaik Kipre Tchetche adalah di minit ke-37 apabila rembatan derasnya di dalam kotak penalti lawan mudah diselamatkan oleh penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz.

PJ City sebelum itu telah kehilangan dua tonggak utama iaitu kapten, K. Gurusamy dan penjaring terbanyak, Darren Lok yang mengalami kecederaan di minit ke-14 dan ke-32.

Walaupun kehilangan dua pemain tersebut, PJ City kekal berdisiplin dalam mengekang Kedah untuk menghasilkan jaringan pembukaan, malah akhirnya mereka yang berjaya memecah kebuntuan dengan gol pertama perlawanan menerusi pemain gantian.

R. Kogileswaran berjaya menghasilkan jaringan pendahuluan buat PJ City pada minit ke-39 menerusi sepakan penalti selepas Sunil Caven dikasari oleh Fandi Othman.

Kedah mula mempamerkan kebangkitan di babak kedua. Kapten, Baddrol Bakhtiar yang menerima kritikan hebat penyokong akibat prestasinya di awal musim berjaya menanduk masuk gol penyamaan di minit ke-47, hasil sepakan penjuru Rabih Ataya.

Penguasaan terus dipamerkan tuan rumah dan lima minit kemudian, Baddrol Bakhtiar menjadi watak tumpuan sekali lagi apabila berjaya membuat bantuan gol. Sepakan percumanya berjaya disudahkan oleh Kpah Sherman dengan sepakan half volley.

Berterusan ditekan, pengendali The Phoenix, P. Maniam membuat tiga pertukaran di minit ke-65 dalam usaha untuk mengubah keputusan perlawanan. Mahalli Jasuli, Khairil Anuar dan Salamon Raj, namun ia tidak membantu membangkitkan PJ City.

Mereka terus tenggelam dan kemudian gandingan dua pemain gantian, Azamuddin Akil dan Fayadh Zulkifli berhasil untuk merobek gawang pelawat di minit ke-84 yang disudahkan oleh Fayadh Zulkifli menerusi tandukkan, hantaran lintang Azamuddin Akil.

Ia adalah malam yang indah buat Kedah apabila mereka bangkit untuk menang di babak kedua, dilakukan di Darul Aman dan pastinya sentuhan Baddrol Bakhtiar yang sudah kembali. Kedah meneruskan rekod kemenangan ke-7 mereka di laman sendiri dalam semua perlawanan dan kemenangan ini sangat berharga buat mereka.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN