Liga Super: 2 Penalti Penang Tak Masuk, Ledakan ‘Gila’ Ifedayo Hiasi Kemenangan Selangor

Selangor Penang Liga Super

Bukan satu, tetapi dua sepakan penalti gagal disudahkan oleh Penang pada separuh masa kedua menyebabkan mereka tewas 4-1 kepada Selangor dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Ifedayo Olusegun terus menjadi watak penting buat The Red Giants apabila menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan jaringan bagi memastikan tiga mata menjadi milik mereka, menamatkan kemarau kemenangan dalam empat perlawanan.

Ketua Jurulatih Selangor, Karsten Neitzel membuat pertukaran yang agak besar dalam kesebelasan utama berbanding aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari.

R. Dinesh, Danial Asri dipilih untuk memulakan perlawanan. Shivan Pillay Asokan turut diturunkan buat kali pertama sejak ‘dinaikkan pangkat’ dari Selangor 2.

Penang pula hanya membuat satu pertukaran sahaja dengan pemain import, Anselmo da Silva turun dalam kesebelasan utama menggantikan Syazwan Zaipol Bahari.

Gol pertama Selangor hadir seawal minit ke-16 selepas penyerang prolifi Selangor melakukan jaringan menerusi sepakan penalti selepas Sean Selvaraj dijatuhkan oleh Rafael Vitor di dalam kotak penalti.

Ia merupakan gol ke-15 penyerang import Nigeria itu dalam saingan Liga Super musim ini.

Namun pasukan tuan rumah kembali menyamakan kedudukan lima minit sebelum masa rehat menerusi David Rowley yang menanduk hantaran dari sepakan percuma Endrick.

Masuk aksi babak kedua, Selangor terus garang dengan dua gol pantas yang direncanakan oleh Ifedayo. Lorongan cantiknya kepada Danial Asri disudahkan dengan sempurna oleh penyerang muda itu pada minit ke-50 sebelum beliau sekali lagi mencipta jaringan untuk Sean Selvaraj enam minit kemudian.

Ketinggalan dua gol, Penang mendapat peluang untuk merapatkan kedudukan apabila diberikan dua sepakan penalti. Namun sepakan Endrick dos Santos sekadar melewati palang gol dan sepakan Rafael Vitor pula diselamatkan oleh penjaga gol pelawat Khairul Azhan.

Di hujung perlawanan, seorang lagi pemain muda Selangor, Harith Haiqal diberi peluang untuk membuat penampilan pertamanya di pentas Liga Super.

Ketika permainan bakal ditamatkan pada bila-bila masa, kelekaan penjaga gol tuan rumah Sam Sommerville dihukum oleh Ifedayo dengan gol dari jarak jauh yang memberikan gol keempat Selangor.

Kedudukan 4-1 kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat dan Selangor berjaya membawa pulang tiga mata penuh.

Keputusan perlawanan tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan dengan Penang dan Selangor kekal di kedudukan keempat dan kelima, namun Selangor berjaya mengurangkan jurang mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN