Liga Super: 2 Gol Syafiq Ahmad Iring Kedah Pulang Hampa Ke Alor Setar

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan ramai untuk mencatat kemenangan bergaya mengatasi Kedah Darul Aman (KDA) dengan keputusan penuh 4-1.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, dua jaringan daripada bekas penyerang KDA iaitu Syafiq Ahmad berjaya menamatkan terus cabaran pelawat yang longlai di separuh masa kedua.

Sebelum itu, penyerang berbisa JDT iaitu Bergson da Silva terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti bagi menyamakan kedudukan setelah KDA mendahului menerusi Ronald Ngah Wanja pada penghujung aksi separuh masa pertama.

Penyerang utama JDT itu juga berjaya membuktikan ketajaman beliau pada penghujung perlawanan untuk terus menambah koleksi gol beliau pada musim ini.

Pada awal perlawanan menyaksikan tuan rumah, JDT lebih mendominasi perlawanan menerusi beberapa serangan berbahaya dilancarkan untuk mendapatkan gol pertama permainan.

KDA yang tampil dengan lima pemain pertahanan nyata tidak begitu memberi masalah buat para pemain serangan JDT untuk mencipta sesuatu, termasuk dua percubaan berbahaya yang sekadar menggegarkan palang gol pada minit kelima.

10 minit awal permainan ini jelas KDA gagal untuk mencipta sebarang peluang, selain lebih banyak bertahan di kawasan sendiri untuk menyerap asakan tuan rumah.

Manakala JDT pula semakin selesa untuk saling bertukar hantaran pendek sesama rakan sepasukan di segenap arah untuk membuka ruang serangan lebih baik bagi mendapatkan gol.

Tanpa Sanrawat Detchmitr di bahagian tengah, nyata gandingan Marcel dan Khairu Azrin tidak mempunyai persefahaman lebih baik dan kerap melepaskan penguasaan kepada pasukan lawan.

Memasuki 30 minit perlawanan, tidak banyak dapat dibuat oleh pasukan pelawat selain memperoleh sedikit sahaja peluang untuk mencipta sesuatu sebelum kembali dihalang pertahanan JDT.

KDA akhirnya berjaya memperoleh gol pembukaan perlawanan menerusi Ronald Ngah Wanja pada minit ke-44, setelah ada kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan JDT  menerusi umpanan cantik daripada Al-Mardi untuk mengejutkan tuan rumah.

JDT berjaya memperoleh peluang sepakan penalti, setelah pertahanan KDA iaitu Loqman Hakim menepis bola dengan menggunakan tangan pada minit ke-48.

Bergson mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk meledak jaringan ke-26 beliau musim ini sekali gus meletakkan JDT kembali menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua ini.

Syafiq Ahmad berjaya meletakkan JDT di hadapan akhirnya untuk menceriakan para penyokong tuan rumah pada minit ke-62, setelah penyerang tersebut mendapat hantaran menarik daripada Afiq Fazail.

JDT terus selesa di hadapan apabila Syafiq sekali lagi menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada minit ke-68 untuk memberi tekanan buat barisan pemain KDA yang serba tidak menjadi.

Bergson mengesahkan terus kemenangan menerusi jaringan keempat perlawanan pada minit ke-89 setelah pemain ini melakukan satu tandukan tajam untuk menewaskan Ilham Amirullah menerusi satu umpanan daripada Safawi Rasid.

Keputusan perlawanan tamat dengan KDA terus hampa menerusi kekalahan kali keempat berturut-turut ketika ini dengan terbaharu tewas kepada JDT menerusi keputusan penuh 1-4.

Kesebelasan utama

Johor Darul Ta’zim (JDT): Mohd Farizal Marlias (Penjaga gol)(Kapten), Matthew Thomas Davies, Mohd Afiq Fazail, Bergson Gustavo Silveira da Silva, Leandro Sebastian Velazquez, Muhamad Feroz Baharudin, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, La’vere Lawrence Corbin-Ong, Ignacio Insa Bohigues, Shahrul Mohd Saad, Arif Aiman Mohd Hanapi

Kedah Darul Aman (KDA): Mohd Shahril Shaari (Penjaga gol)(Kapten), Rodney Celvin Akwensivie, Marcos Valez Gonzalez, Muhammad Khairu Azrin Khazali, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi, Mohd Loqman Hakim Marzuki, Mohamad Heshamudin Ahmad, Wanja Ronald Ngah, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, Dechi Marcel N’Guessan, Muhamad Kamil Akmal Abd Halim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN