Liga Premier: Kem Kelantan Kini Berdepan Masalah Kecederaan Pemain

Kelantan kini berdepan dengan masalah kecederaan pemain di bahagian serangan dan dilihat bakal memberi impak untuk meneruskan perlawanan selepas ini dengan sedikit tempang.

Semalam, dua tonggak serangan mereka terpaksa dibawa keluar ketika dalam aksi pertemuan bersama Johor Darul Takzim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu iaitu Nurshamil Abd Ghani serta Kerverns Belfort.

Dua pemain itu dilihat mungkin tidak dapat beraksi untuk perlawanan seterusnya jika dilihat pada reaksi kecederaan dialami pada perlawanan semalam.

Paling memberi kerisauan buat para penyokong pastinya terarah kepada situasi Belfort semalam apabila penyerang kebangsaan Haiti itu terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan terdekat setelah mengalami kecederaan agak serius.

Manakala penjaring gol Kelantan, Nurshamil Ghani pula terpaksa melupakan aksi di separuh masa kedua setelah tidak mampu untuk bermain lagi kerana turut mengalami kecederaan.

Menurut pengendali Kelantan iaitu Rezal Zambery Yahya, beliau akan melihat terlebih dahulu tahap kecederaan dialami oleh pemainnya jika boleh disenaraikan dalam aksi seterusnya menentang Kuching City pada 31 Julai ini.

“Saya kenal pemain saya, kalau tidak mengalami kecederaan yang serius, mereka tak akan meninggalkan padang.

“Apa yang saya tahu, buku lali dia (Norshamil) mengalami kecederaan menyebabkan dia tak boleh teruskan permainan, kita akan jumpa doktor untuk pastikan tahap kecederaan dia,” katanya dalam sidang media menerusi Berita Harian.

Tambah pengendali tersebut, beliau jelas khuatir dengan ketiadaan dua tonggak tersebut yang dianggap sangat kritikal ketika ini dalam pasukan kerana mereka tidak ada begitu ramai pilihan pemain.

Ditambah dengan mereka kini masih belum boleh menggunakan khidmat seorang lagi tonggak import dari Brazil iaitu Nyxon Guilherme Brizolara yang sebelum itu turut dihantui isu kecederaan.

“Nixon semakin sembuh, cuma kita nak masukkan dia, kita kena tengok dulu tahap kecederaan dia, Nixon agak lama mengalami kecederaan, kita pun tak boleh nak paksa dia sangat takut kecederaan itu kembali semula.

“Yang penting sekarang ini saya bagi pemain-pemain saya rehat sebelum kita kembali berlatih bagi menghadapi Kuching FC yang juga perlawanan penting,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN