Liga Perdana 2017 minggu 8 cukup menarik apabila 14 gol dijaringkan hanya pada 2 perlawanan sahaja!
Perlawanna tersebut yang dimaksudkan adalah perlawanan diantara MISC-MIFA dan juga UiTM FC serta aksi diantara Kuantan FA menentang Perlis.
Pesta gol!
Pesta gol dicatatkan minggu ini di dua lokasi – Petaling Jaya dan juga Kuantan.
Hal ini kerana MISC-MIFA yang menjadi tuan rumah kepada UiTM FC ditewaskan oleh pelawat dengan jaringan 2-7!
Walaupun Michael Ijezie meletakkan MISC-MIFA di hadapan pada minit ke-6, UiTM kemudiannya membalas dengan 7 jaringan selepas itu.
Asnan Awal Hisham berjaya menyumbang 2 gol sebelum Do Dong-Hyun merakam hatrik untuk pasukan pelawat.
Akanni Sunday juga tidak kurang hebatnya, penjaring terbanyak UiTM FC ketika ini menjaringkan 2 gol untuk pasukan lawan.
Namun Ijezie berjaya menjaringkan 1 lagi gol untuk tuan rumah pada minit akhir permainan.
Di Kuantan pula, Kuantan FA menewaskan Perlis dengan jaringan 5-0.
Baqiuddin Shamsudin, Ljubo Baranin, Sim Woon-Sub kesemuannya menjaringkan 1 gol sementara Nabilah Khan Razali menjaringkan 2 gol untuk pasukan tuan rumah memperoleh 3 mata.
Sindrom kembali
Kuala Lumpur hadir ke Paroi dengan jurulatih baharu iaitu Fabio Magrao dengan misi meruntuhkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan sambil mengubat kembali wabak Sindrom Kuala Lumpur yang mula pulih.
Namun tugas itu sukar apabila seawal minit ke-8 Khairul Anwar Shahrudin menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.
Lee Tuck nyata merupakan pemain terbaik Negeri Sembilan semalam. Beliau menjadi sumber inspirasi kepada kejayaan Negeri Sembilan apabila kehadiran beliau berjaya menutup kelemahan Bruno Suzuki yang beraksi kurang baik.
Gol kedua Negeri Sembilan hadir pada separuh masa kedua selepas rembatan Tuck dihalang penjaga gol Kuala Lumpur sebelum Khairul Anwar cuba untuk melakukan susulan tetapi lemah.
Susulan lemah itu disambut oleh Marko Simic. Beliau kemudiannya melakukan satu pusingan dan merembat cantik untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-56.
Kuala Lumpur cuba untuk kembali dalam perlawanan namun gol dari Guilherme De Paula pada minit akhir permainan tidak membawa apa-apa makna.
Nota editor: Laporan perlawanan Negeri Sembilan-Kuala Lumpur ini ditulis LMred Izreds yang kemudiannya diolah semula secara ringkas. Terima kasih kerana sudi berkongsi info dengan Semuanya BOLA!
Sementara di Kuala Terengganu, gol tunggal dari Issey Nakajima-Farran cukup untuk memberikan 3 mata buat Terengganu.
Gol minit akhir yang terhasil menerusi sepakan penalti itu memberikan 3 mata penting dalam misi kembali ke Liga Super menewaskan ATM.
Barrales temui rentak
2 lagi perlawanan Liga Perdana berakhir dengan keputusan seri 1-1.
PKNP FC menerima kunjungan Sabah di Ipoh mengalami masalah apabila kedua-dua gol perlawanan dihasilkan oleh pemain Sabah!
Jonathan Behe meletakkan Sabah dihadapan pada minit ke-15 sebelum gol sendiri pada minit ke-31 oleh pemain Sabah memberikan gol serta 1 mata untuk PKNP FC.
Jeronimo Barrales pula semakin menemui rentak di JDT II selepas beliau menjaringkan gol untuk JDT II ketika menentang PDRM.
Gol beliau pada minit ke-48 itu bagaimana pun disamakan oleh Fauzi Abdul Majid untuk membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Apa jadi setakat ini?
Setakat ini di carta Liga Perdana, Negeri Sembilan masih belum tewas serta memimpin liga dengan mengumpul 21 mata sambil dieekori rapat Terengganu dengan 18 mata.
PKNP FC masih ditangga ketiga dengan 15 mata sambil PDRM dan UiTM FC masing-masing berada di tangga ke-4 dan ke-5 dalam yang dikira sebagai zon layak ke Piala Malaysia.
Perlis yang masih belum menang masih di tangga terakhir dengan 2 mata dengan MISC-MIFA ditangga ke-11 dengan 3 mata.
Sabah yang ditangga ke-10 masih belum selamat dari tersingkir. Hal ini kerana, mereka hanya terpisah 1 mata dari zon bawahan dengan mengumpul 4 mata ketika ini.
Baca juga: 2 Gol Hazwan Bakri Bantu JDT Bangkit Tewaskan Pahang Di Larkin