Liga Perdana 2017 diteruskan dengan aksi pertengahan minggu dengan kesemua 12 pasukan turun beraksi.
Jom kita baca rangkuman untuk perlawanan minggu ke-7.
Pesta gol!
Perlawanan diantara ATM dan PDRM atau digelar sebagai ‘Derby Kementerian Pertahanan’ oleh ahli panel Bolatelly menyaksikan 9 gol terhasil diantara kedua-dua pasukan.
Venice Delphi dan Dao Bakary masing-masing berjaya menyumbat 2 gol untuk ATM dan PDRM sambil Zainal Zakaria dan Rafizol Roslan menjaringkan 1 gol untuk ATM.
PDRM pula menjaringkan 2 gol lagi menerusi Safuwan Baharuddin dan Amir Saiful. 1 gol sendiri dari pemain ATM memberikan kelebihan kepada PDRM untuk membawa pulang 3 mata.
Sabah pula terus kecewa apabila kali ini tewas 2-3 ditangan UiTM FC di Likas.
Gol sendiri dari pemain Sabah berjaya disamakan oleh Ummareng Bocok sebelum Asnan Awal Hisyam meletakkan pelawat kembali di depan.
Do Dong-Hyum memberikan keselesaan kepada UiTM FC apabila menjaringkan gol ketiga sebelum Sofiane Choubani menjaringkan gol kedua Sabah namun ia tidak memadai bagi tuan rumah.
Gol awal dari Nicolas Fernandez pula tidak cukup untuk memberikan 3 mata untuk JDT II di laman sendiri menentang PKNP FC.
Hal ini kerana gol dari G. Mugenthirran berjaya memberikan 1 mata buat PKNP FC pada minit ke-70.
Sindrom Kuala Lumpur hilang seketika
Ya benar, Sindrom Kuala Lumpur nampaknya mula reda buat seketika apabila Kuala Lumpur berjaya memperoleh kemenangan menewaskan Kuantan FA di laman sendiri.
Sindrom itu nampak tidak mahu berakhir apabila Kuala Lumpur bolos seawal minit ke-7 menerusi Sim Woon-Sub sebelum Guilherme De Paula menyamakan kedudukan pada minit ke-30.
Helmi Remeli muncul wira apabila menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk memberkan kemenangan yang amat diperlukan oleh Kuala Lumpur.
Satu lagi perlawanan melibatkan Negeri Sembilan menentant MISC-MIFA di STAR, Paroi.
Marko Simic dan Lee Tuck menjaringkan gol untuk Negeri Sembilan sambil gol Micheal Ijezie pula menjaringkan gol saguhati untuk pelawat.
Perlawanan diantara Perlis dan Terengganu berakhir dengan jaringan 1-2 yang juga menyaksikan kesemua 3 gol dijaringkan oleh pemain import.
Brandon Adams menjaringkan gol untuk pasukan Perlis sementara Issey Nakajima-Farran menjaringkan 2 gol untuk memberikan 3 mata buat pasukan pelawat.
Baca juga: Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin: “TMJ Tidak Sesuai Bermain Liga M, Ada Konflik Lain Timbul”