Liga Perdana 2017 memasuki minggu ke-5 dengan beberapa aksi menarik dihasilkan.
Tumpuan terarah kepada pertembungan 2 pasukan teratas liga di Paroi apabila Negeri Sembilan menentang Terengganu, namun keputusan-keputusan di tempat-tempat lain juga menarik perhatian kami semua.
Brandon Adams semakin menyengat!
Kami boleh katakan Brandon Adams merupakan antara pemain yang terbaik yang pernah direkrut Perlis dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Hal ini kerana, sejak tiba di Malaysia beliau sudah menjaringkan setiap gol dalam semua perlawanan yang beliau beraksi.
Adams terus konsisten menjaringkan gol untuk Perlis, namun begitu Perlis tidak dapat mengikut konsisten yang ditunjukkan oleh Adams dalam menjaringkan gol apabila mereka tewas 1-2 di tangan PKNP FC di Kangar.
Gol Adams tak cukup untuk membantu Perlis apabila Vincent Weijl menjaringkan 2 gol untuk membolehkan PKNP FC membawa pulang 3 mata.
Di Pasir Gudang, Hadi Fayyadh menjadi wira buat JDT II apabila beliau menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan JDT II menentang Sabah.
ATM pula bagaimana pun gagal mencipta kemenangan apabila tunduk 1-3 ditangan UiTM FC di laman sendiri.
Do Dong-Hyun menjaringkan 2 gol sambil Akanni Sunday turut menjaringkan gol untuk UiTM FC. Venice Delphi pula menjaringkan gol untuk ATM.
Sejak aksi Piala FA Malaysia tempoh hari menentang Sime Darby, Malik Mat Ariff terus menjaringkan menjaringkan gol untuk Kuantan FA.
Terbaharu, 2 gol beliau membantu Kuantan FA menewaskan MISC-MIFA 3-2 di Kuantan.
1 gol Kuantan FA dijaringkan oleh Khairul Azman Awang Long. Bodric Dimitri dan Micheal Chukwubunna menjaringkan gol untuk MISC-MIFA.
Bruno Suzuki gol lagi!
Aksi tumpuan Liga Perdana minggu ini menyaksikan 2 pasukan utama iaitu Negeri Sembilan dan juga Terengganu bertemu sesama sendiri di Paroi.
Seperti ahli panel kami sering katakan dalam rancangan BolaTelly, ujian terbesar Negeri Sembilan adalah Terengganu dan ujian terbesar Terengganu adalah Negeri Sembilan.
Dan ternyata perlawanan antara kedua-dua pasukan nyata tidak mengecewakan apabila aksi menarik oleh kedua-dua pasukan ditunjukkan.
Bruno Suzuki sekali lagi menjaringkan gol apabila beliau menjaringkan gol pertama perlawanan selepas menanduk masuk hantaran lintang pada babak pertama.
Marko Simic menambah duka skuad Irfan Bakti apabila menjaringkan gol dari situasi bola mati selepas Lee Tuck dijatuhkan pemain lawan.
Terengganu cuba menyerang pada separuh masa kedua dan ia memberikan hasil apabila Latiff Suhaimi menjaringkan gol di awal separuh masa kedua untuk mengurangkan defisit jaringan.
Izuan Salahudin mematikan langkah Terengganu untuk terus mencari gol apabila gol beliau pada minit ke-74 memateri 3 mata untuk skuad Jang.
Issey Nakajima-Farran cuba membawa Terengganu kembali dalam perlawanan namun gol beliau pada minit ke-80 tidak cukup untuk memghidupkan semangat juang Terengganu.
Dengan kemenangan ini, Negeri Sembilan menjadi satu-satunya pasukan yang memperoleh pungutan mata 12 digit selepas menang 4 daripada 4 perlawanan.
JDT II kini merampas tangga ke-2 daripada Terengganu yang jatuh ke tangga ke-3 liga.
Kuala Lumpur yang turun menentang PDRM pada malam ini di Selayang berpeluang untuk naik ke tangga ke-2 sekiranya berjaya memenangi perlawanan.
Nota editor: Laporan perlawanan Negeri Sembilan-Terengganu disediakan oleh LMreds Izreds. Terima kasih diatas ulasan mantap anda!
Baca juga: Adakah Ini Petanda Awal Arda Turan Akan Sertai Chelsea