Terlalu Banyak Rehat Punca Bola Sepak Tempatan Hilang Seri

Rehat dan rehat lagi.

Setelah berehat panjang sempena bulan Ramadan, liga bola sepak tempatan kembali berehat sempena Sukan SEA dan juga aksi perlawanan antarabangsa.

Tanpa kita sedar, liga bola sepak negara kini seolah seorang pekerja di pejabat yang kerap mengambil cuti sakit dengan pelbagai alasan yang ada kalanya wajar dipertimbangkan dan ada kalanya pula seakan kurang logik untuk menerimanya.

Rekod rehat liga tempatan

Meninjau perjalanan liga bola sepak tempatan musim ini, terdapat beberapa tempoh di mana liga direhatkan.

Berdasarkan analisis mudah yang saya lakukan berikut merupakan tempoh di mana liga kita berhenti rehat dan juga alasannya.

  • 5 Mac 2017 hingga 14 April 2017: Aksi antarabangsa (22 Mac 2017), Piala FA Malaysia (suku akhir 1 April 2017)
  • 16 April 2017 hingga 8 Mei 2017: Piala FA Malaysia (suku akhir 21 April 2017, separuh akhir 30 April 2017 dan 13 Mei 2017)
  • 10 Mei 2017 hingga 23 Mei 2017: Piala FA Malaysia (akhir 20 Mei 2017)
  • 25 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017:  Bulan Ramadan dan aksi perlawanan antarabangsa (13 Jun 2017)
  • 6 Ogos 2017 hingga 8 September 2017: Sukan SEA dan aksi perlawanan antarabangsa

Alasan liga berhenti rehat disebabkan aksi perlawanan antarabangsa boleh diterima akal kerana hampir keseluruhan pasukan yang bertanding bakal kehilangan pemain masing-masing.

Tetapi alasan berhenti rehat dek kerana aksi Piala FA Malaysia mungkin boleh difikirkan semula.

Apa logiknya hingga liga diberikan “cuti rehat” pada peringkat suku akhir hingga ke aksi final Piala FA Malaysia yang hanya melibatkan maksima 8 pasukan kekal bersaing di peringkat tersebut dan maksima 4 perlawanan dilangsungkan?

Photo by: Safwan Rozi | Asiana.my

 

Persoalannya adakah akan hilang prestijnya Piala FA Malaysia jika perlawanan ini dilangsungkan serentak dengan perlawanan liga?

Kurang sangatkah pegawai perlawanan yang ada dalam senarai FAM hingga liga terpaksa ditangguhkan bersandarkan alasan Piala FA Malaysia semata-mata?

Persoalan yang sukar dirungkaikan oleh peminat biasa seperti saya tetapi jawapannya ada pada FAM dan juga FMLLP.

Impak terlalu banyak rehat

Terlalu banyak impak yang ditinggalkan jika kita berterusan begini.

Impak paling ketara dapat dilihat di sepanjang Julai yang lalu dimana perlawanan liga dan juga Piala Malaysia dijalankan hanya berselang 3 hari antara satu sama lain.

MALAYSIA. Johor Bahru: JDT’s player, Safawi Rashidi (blue) and Terengganu’s player (white) during Malaysia Cup match between JDT and Terengganu at Larkin Stadium on Aug 1st, 2017. Photo by Nizam Rahman – www.asiana.my

Kesan positifnya peminat bola sepak tempatan mula mengalihkan perhatian kepada aksi bola sepak tempatan dengan Premier League sedang berehat panjang ketika itu.

Satu hal yang bolehlah dianggap positif tetapi dalam masa yang sama meninggalkan kesan negatif kepada pemain.

Kesan negatif ini dapat dikesan melalui temu bual yang dilakukan Astro Arena bersama Datuk Ong Kim Swee.

Salah satu komen yang diberikan OKS adalah adanya pemain yang hadir untuk kem latihan persediaan skuad Sukan SEA negara yang terlalu penat setelah mengharungi terlalu banyak perlawanan di sepanjang Julai lalu.

Hal yang menyebabkan OKS terpaksa memberi rehat kepada pemain tersebut selama 2 hari bagi memastikan mereka segar bagi membantu negara memburu ibu segala pingat di kejohanan berprestij peringkat Asia Tenggara ini.

Pastinya keluhan ini turut dirasakan pemain lain. Tetapi tidak diluahkan secara jelas melalui media sosial mahupun media massa demi menjaga tahap profesionalisma masing-masing.

Kembalikan seri bola sepak tempatan

Peminat bola sepak tempatan dahagakan aksi menarik dari pasukan tempatan kesayangan masing-masing.

Namun, jika liga kerap ‘dicutikan’ tidak mustahil dan sememangnya berlaku kini peminat bola sepak tempatan akan lebih terarah ke liga bola sepak Eropah yang berlangsung saban minggu.

Tambahan pula perlawanan-perlawanan tersebut kerap ditayangkan secara langsung di kaca TV masing-masing.

Diharapkan pengurusan FAM berwajah baru yang kini diterajui TMJ dapat memikirkan strategi ampuh bagi menarik minat peminat bola sepak tempatan agar kembali teruja dengan aksi liga tanah air.

Percayalah masih ramai lagi yang sayang serta rindukan aksi bola sepak tempatan.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan Nora Wahid. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN