Liga Malaysia Belum Sedia Terima Pelaksanaan VAR

Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Liga Malaysia belum lagi bersedia untuk menerima pelaksanaan sistem bantuan video pengadil (VAR) dalam masa terdekat.

Menurut Hamidin yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), antara penghalang utama pelaksanaan teknologi tersebut di saingan bola sepak tempatan adalah faktor kos yang terlalu tinggi.

ECP

“Saya fikir VAR belum dapat dilaksanakan sebab kos, jadi dalam keadaan sekarang tidak mungkin [ia akan digunakan],” kata Hamidin seperti yang dipetik daripada Berita Harian.

Walaupun demikian, Hamidin tidak menolak kemungkinan penggunaan teknologi tersebut apabila MFL memiliki sumber kewangan yang kukuh pada masa hadapan.

“Tapi bila MFL sudah mencapai satu tahap yang lain dari segi kewangan, Insya-Allah kita akan gunakan VAR, tapi bukan sekarang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Liga M 2020 semalam.

Cadangan penggunaan VAR bukanlah perkara baharu di dalam kancah saingan Liga Malaysia. Sebelum ini VAR dikatakan akan dilaksanakan pada 2018, sebelum ianya ditangguhkan akibat faktor kos yang tinggi.

Beberapa pihak termasuk jurulatih, pemain dan penyokong turut mendesak agar Liga Malaysia menggunakan teknologi VAR dalam perlawanan bagi mendapatkan keputusan lebih tepat membabitkan situasi tertentu dalam perlawanan.

Sebagai perbandingan, Liga Thai telah melaksanakan penggunaan sistem VAR dalam perlawanan Piala FA dan perlawanan akhir Piala Liga pada musim lalu.

Teknologi tersebut dikatakan akan digunakan sepenuhnya di Liga Thai pada musim 2020 akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN