Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Presiden FAM mengingatkan semua pasukan Liga Malaysia merentasi Liga Super dan juga Liga Perdana agar membayar tunggakan gaji pemain sebaik saja wang diterima.
Wang yang dimaksudkan adalah wang insentif pemberian FAM yang diterima oleh pasukan Liga Super dan juga Liga Perdana.
Untuk rekod, pasukan Liga Super menerima insentif sebanyak RM 1 juta dan RM 500 ribu buat pasukan Liga Perdana.
Menurut Presiden FAM, sejumlah baki RM 9 juta telah mula dibayar sejak 24 jam yang lalu kepada semua pasukan di Liga Malaysia.
Guna sebaik mungkin
Dalam kenyataan terbaharu menerusi laman Facebook FAM, Presiden FAM menasihatkan pasukan Liga Malaysia menggunakan wang yang diberikan untuk tujuan yang melancarkan operasi pasukan.
Apa yang menjadi keutamaan adalah untuk membayar gaji tertunggak para pemain.
“Saya percaya, terdapat beberapa pemain pasukan yang masih menanti tunggakan gaji mereka dan saya berharap pihak yang berkenaan melangsaikan hutang tersebut dengan segera atau dikenakan tindakan seterusnya.”
Presiden FAM tidak lagi mahu mendengar sebarang alasan daripada mana-mana pasukan Liga Malaysia dalam urusan pembayaran gaji atas alasan FAM masih lagi berhutang dengan mereka.
Di akhir kenyataan, Presiden FAM memberi peringatan yang tindakan lebih keras akan diberikan jika masih terdapat pasukan yang gagal membayar gaji.
Baca juga: Mengapa Gabriel Guerra Dan S. Kunanlan Sah Diturunkan Ketika Menentang Kelantan?