Liga Malaysia Bakal Mempunyai 5 Divisyen Pada Tahun 2020

Kelmarin badan pengendali liga, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah menganjurkan taklimat mengenai Liga Divisyen 4 dan Divisyen 5 Malaysia di Shah Alam dengan kehadiran wakil Persatuan Bolasepak Negeri dan juga penganjur liga-liga sosial.

Turut hadir pada taklimat itu ialah Dato Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM merangkap Ahli Lembaga pengarah FMLLP.

Taklimat tersebut diadakan untuk menjelaskan cadangan struktur liga Malaysia yang akan ditambah kepada 5 divisyen menjelang pada tahun 2020.

CEO FMLLP, Kevin Ramalingam bercakap kepada wakil Persatuan Bolasepak Negeri dan penganjur Liga Sosial.

Menurut FMLLP, untuk permulaan bagi tahun 2018, 24 liga akan mula dijalankan di setiap negeri yang mana ia akan membentuk Liga M5 (Divisyen 5).

Liga Negeri dan Liga Sosial Negeri yang bertanding dalam Liga M5 akan ditentukan kemudian.

Juara setiap Liga Negeri dan Liga Sosial Negeri masing-masing dalam Liga M5 pada tahun 2018 akan layak secara automatik ke Liga M4 (Divisyen 4) yang akan bermula pada tahun 2019 dengan jumlah pasukan sebanyak 24 pasukan (Juara setiap liga).

Bermula pada tahun 2020, proses promosi dan relegasi akan mula berjalan setelah piramid tersebut lengkap sepenuhnya bermula dari LM5 sehingga ke Liga Super (Divisyen 1).

Struktur piramid Liga Malaysia yang akan mempunyai 5 divisyen.

Di akhir taklimat, secara dasarnya kesemua wakil yang hadir bersetuju untuk menyertai Liga M5 dan pihak FMLLP akan memperkemaskan cadangan dan komen yang diterima untuk dibawa ke sesi perbincangan seterusnya.

Antara agenda seterusnya adalah memperkemaskan peraturan dan perkara teknikal supaya ianya dapat diuruskan oleh satu badan lain tetapi selari dengan penganjuran oleh FMLLP.

Tinjauan kami di laman sosial mendapati ramai peminat bola sepak tanah air memberikan response yang positif dan turut memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan struktur Liga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN