Liga M Terlalu ‘Mahal’ Untuk Sesetengah Kelab Terus Kekal Musim Depan

Saban hari, pelbagai isu negatif mengenai kelab tempatan kedengaran di media sosial atau melalui laporan dilakukan oleh para wartawan setempat kedengaran sehingga menyaksikan masa depan saingan Liga Malaysia (Liga M) mula dipertikaikan.

Kedah Darul Aman (Kedah), Kuala Lumpur City (KL City), Sabah, Sri Pahang, Perak, dan terkini Kelantan Darul Naim (KDN) antara nama yang sebelum ini pernah terkait akan isu tunggakan gaji menerusi perkongsian di media sosial.

Adakah saingan Liga M mampu untuk terus bertahan dalam tempoh beberapa tahun lagi? Atau ia bakal berkubur dengan lebih cepat daripada jangkaan ramai.

Isu kewangan bukan lagi suatu perkara yang aneh untuk didengari para peminat kerana ia dianggap sudah terbiasa sejak beberapa tahun ini dengan membabitkan beberapa kelab.

Jika musim-musim lalu hanya satu atau dua pasukan di Malaysia mengalami isu kewangan, kini jumlah tersebut terus bertambah dan menjadikan ianya seolah suatu virus.

Bukan sebulan, dua bulan, atau tiga bulan sahaja tunggakan gaji yang dialami pemain, kejurulatihan, dan staf, tetapi ada sesetengah pasukan sudah menyebabkan tunggakan gaji hampir sembilan bulan musim ini.

Tuding menuding jari dan beberapa pertikaian terus ditimbulkan sesetengah peminat mengenai isu tersebut untuk menentukan pilihan sendiri, siapa yang bersalah dan perlu bertanggungjawab akan hal tersebut.

‘Liga M Makin Tenat’ – 6 Pasukan Kini Alami Isu Tunggakan Gaji

Menerusi laporan terbaharu dikeluarkan Harian Metro semalam, mungkin hanya enam pasukan sahaja yang layak untuk terus bersaing di kejohanan Liga Super dan selebihnya akan turun ke pentas Semi-Pro atau terus berkubur selamanya.

‘Mahalnya’ Liga Super ini menyaksikan hanya pasukan yang benar-benar memiliki kemampuan serta pengurusan cekap tentang kewangan sahaja layak untuk terus berada pada kejohanan tersebut.

Selebihnya, mungkin akan terus berkubur selamanya atau mencipta kembali rombakan supaya perjalanan semasa mereka tidak lagi dibebani masalah-masalah lalu.

Tatkala pasukan kebangsaan sedang giat untuk kembali dibangunkan, nasib-nasib kelab tempatan pula kebanyakan masih terkapai-kapai untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Tanpa tajaan kukuh dan sumber pendapatan yang stabil melalui janaan ekonomi kelab selain pengurusan lebih cekap, mana mungkin sesebuah pasukan itu akan terus stabil daripada segi kewangan untuk masa lebih lama.

Mungkin pada masa hadapan, kebanyakan kelab yang masih lagi wujud kini hanya tinggal dalam kenangan peminat selepas ia berkubur angkara kekejaman kewangan itu sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN