‘Liga M Makin Tenat’ – 6 Pasukan Kini Alami Isu Tunggakan Gaji

Saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini boleh dianggap cukup menyakitkan buat kebanyakan pasukan, apabila laporan terbaharu menyatakan enam kelab mengalami isu tunggakan gaji.

Entah dimanakah silapnya, ia seolah menjadi suatu barah yang kian merebak selepas satu-satu pasukan hadir dengan masalah tersebut dan dianggap cukup memalukan buat dunia bola sepak tempatan.

Jika musim-musim lalu mungkin isu tunggakan gaji hanya membabitkan satu atau dua pasukan, tetapi kini hampir sebahagian besar kelab bertanding turut mengalami masalah serupa.

Menurut perkongsian Harian Metro semalam, enam pasukan kini sudah mengalami isu daripada segi tunggakan gaji dan ada daripadanya merupakan kelab gergasi yang cukup gah di Malaysia.

Kedah Darul Aman (Kedah), Kuala Lumpur City (KL City), Sabah, Sri Pahang, Perak, dan Kelantan Darul Naim (KDN) antara nama yang sebelum ini pernah terkait akan isu tunggakan gaji menerusi perkongsian di media sosial.

Kelantan DN ‘Culas’ Bayar Gaji Pemain Hampir 4 Bulan?

Ibarat ‘retak menanti belah’, tiada siapa yang tahu sejauh mana setiap pasukan mengalami isu tunggakan gaji itu akan mampu bertahan di pentas Liga M yang dianggap serba mencabar.

Tidak mustahil nama-nama pasukan itu akan terus lenyap daripada peta Liga Super atau mana-mana kejohanan Liga M jika ianya terus gagal diselesaikan.

Lebih malang, sudah tentu terarah kepada pemain-pemain tempatan yang sudah tentu akan teraba-raba mencari pasukan baharu demi sesuap nasi sambil menanti jumlah tunggakan mereka diselesaikan oleh majikan masing-masing.

Saingan Liga Super musim ini hanya akan berakhir tidak beberapa bulan sahaja lagi, tetapi ada sesetengah kelab masih mempunyai tunggakan yang begitu lama untuk dilunaskan kepada pemain serta staf lain.

Persoalannya, adakah tunggakan itu mampu diselesaikan atau ia hanya tergantung sepi tanpa memberi sinar buat mereka yang merana menantikan hasil titik peluh mereka?

Jika ‘trend’ sebegini diteruskan, tidak mustahil suatu masa kelab-kelab lain juga akan terus terjejas dan perkara paling ditakuti sudah tentu kepada: matinya bola sepak profesional tempatan.

Tatkala negara-negara lain sekitar Malaysia dilihat mula pesat membangun daripada sektor bola sepak tempatan, kita pula makin mundur dan sentiasa dihidangkan dengan isu tidak enak didengari ramai.

Pada pandangan anda, apakah perlu dilakukan kini untuk memastikan saingan Liga M terus terjamin dan bernafas tanpa sebarang isu tunggakan gaji?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN