Liga Indonesia Sah Digantung Sehingga Waktu Yang Akan Ditentukan

Susulan kematian yang melibatkan seorang penyokong kelab Persija Jakarta selepas dibelasah penyokong Persib Bandung beberapa hari lepas, pihak Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan penggantungan Liga Indonesia berkuat kuasa serta-merta.

Walaubagaimanapun, tempoh penggantungan tersebut belum pasti dan Presiden PSSI, Edy Rahmayadi berkata, siasatan terhadap kematian Haringga Sirila telah mula dijalankan.

“Kami perlu pastikan segala langkah diambil sebelum sebarang tindakan boleh dikenakan.

“Kami mempunyai undang-undang, mungkin akan ada sekatan atau larangan bermula yang paling ringan seperti teguran sehinggalah denda malah dibatalkan penyertaan.” katanya.

Antara penyokong Persib Bandung yang berdepan tuduhan membunuh penyokong persija Jakarta.

Sebelum ini, bola sepak Indonesia dikejutkan dengan kematian Haringga Sirila yang dipukul sehingga mati oleh perusuh berdekatan Stadium Gelora Bandung Lautan Api sebelum perlawanan berlangsung dan video tragedi itu tersebar di media sosial sekali gus menggemparkan seluruh Indonesia.

Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi menyokong langkah menghentikan seketika aksi Liga 1 bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Ini sebagai menghormati mangsa dan keluarganya selain menzahirkan kesedihan dan kekecewaan seluruh masyarakat Indonesia tehadap insiden ini. Satu nyawa lebih mahal daripada bola sepak,” kata Imam .

“(Siasatan) bermula hari ini. Selepas itu kami bersama beberapa pihak akan mengambil langkah berikutnya.” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN