Saingan Liga 1 Indonesia kembali bermula pada musim ini, selepas pelbagai cerita berlaku sebelum itu yang menyaksikan ada tragedi kehilangan nyawa serta kerosakan awam secara besar-besaran.
Apa paling diingati sudah tentu mengenai insiden Kanjuruhan yang menyaksikan lebih 100 nyawa terkorban dengan membabitkan sekelompok besar penyokong Arema sehingga rusuhan besar berlaku.
Siasatan Tragedi Kanjuruhan Selesai, Liga Indonesia Bakal Bersambung Pada November
Hasilnya, saingan Liga Indonesia ketika itu terpaksa dihentikan dalam tempoh yang lama dan beberapa perubahan dibuat semula sebelum ianya kembali bersambung dengan membabitkan para penyokong.
Untuk musim ini, pastinya ramai mengharapkan terbaik tanpa sebarang insiden besar berlaku yang dilihat hanya akan merugikan para penyokong bola sepak di Indonesia sendiri.
Malah, pengendali PSM Makassar iaitu Bernardo Tavares juga antara menyuarakan perkara tersebut dengan berharap tiada lagi sebarang insiden besar melanda saingan bola sepak di Indonesia.
Jelas Tavares, beliau berharap saingan liga pada musim ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden besar kembali berlaku yang hanya akan mencemarkan nama bola sepak di Indonesia.
“Apa yang berlaku pada musim lalu diharap tidak akan terjadi lagi kali ini dan kita semua berharap supaya persaingan liga dapat berjalan dengan sangat lancar.
“Saya sendiri berharap supaya para pemain, kejurulatihan, dan penyokong dapat bersatu hati untuk menjalani saingan liga dengan positif pada musim ini,” jelas Tavares menerusi CNN Indonesia.
Untuk rekod, Tavares berjaya membawa PSM Makassar menjadi juara saingan Liga 1 Indonesia pada musim lalu setelah unggul mengetepikan lawan dengan jumlah kutipan mata besar.
Menerusi sentuhan Tavares, jelas PSM pastinya ingin tampil lebih unggul pada musim ini demi mempertahankan kejuaraan mereka daripada dirampas kelab lain.
Saingan Liga 1 Indonesia juga sudah pun bermula dengan membabitkan beberapa perlawanan dan sehingga kini segalanya tampak berjalan dengan sangat lancar.
Klasemen sementara pekan 1
BRI Liga 1-2023/24, Senin (3/7)Dukung terus tim kebanggaan kamu di BRI Liga 1-2023/24.
📈📈📈#BRILiga1202324#Klasemen#MentalJuara#SupporterBersatu#BersamaBisa pic.twitter.com/qPbXXFNCSF— BRI Liga 1 (@Liga1Match) July 3, 2023
Pastinya pengelola liga di sana juga mengharapkan sebarang insiden dapat dielakkan supaya mereka tidak dikenakan sebarang hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Malah, aspek keselamatan juga dilaporkan ketika ini ditingkatkan dengan lebih baik berbanding musim lalu supaya dapat mengelak daripada sebarang insiden tidak diingini.