Insiden keganasan sesama penyokong dalam sukan bola sepak merupakan satu perkara yang perlu dibuang kerana ia bukan sahaja mencemarkan nama pasukan dan negara, malah tindakan tersebut boleh menyebabkan seseorang kehilangan nyawa.
Dalam saingan Liga 1 Indonesia, suasana sebegini kerap terjadi melibatkan sesama penyokong menerusi pergaduhan secara besar-besaran kerana timbul perasaan kurang puas hati, disebabkan untuk membela pasukan masing-masing.
Sikap fanatik sebegini juga dilihat semakin tular dalam suasana bola sepak negara apabila sudah ada kelompok-kelompok penyokong sebegini menunjukkan belang mereka.
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un
Keluarga besar PSS Sleman mengucapkan turut berduka atas berpulangnya saudara kita, Aditiya Eka Putranda.
Semoga almarhum diterima di sisi Allah SWT dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan. pic.twitter.com/n29OES7zdP
— PSS (@PSSleman) August 28, 2022
Terbaharu di Indonesia, seorang penyokong bola sepak mereka sah meninggal dunia pada Sabtu lalu yang dipercayai berpunca daripada pergaduhan sesama mereka.
Penyokong bagi kelab tempatan iaitu PSS Sleman ini dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang daripada Stadium Maguwoharjo selepas perlawanan bersama Persebaya Surabaya.
Mangsa yang bernama Aditya Eka Putranda itu akan dikebumikan di Makam Suci Modinan, Banyuraden, Gamping, Kabupaten Sleman yang merupakan daerah di Yogyakarta.
Perkara tersebut disahkan sendiri menerusi salah satu akaun penyokong tempatan iaitu Kilometer 5 Boys di Twitter semalam.
Hal kematian salah mangsa turut mendapat maklum balas daripada PSS Sleman yang turut melahirkan rasa dukacita atas perkara yang berlaku tersebut dan turut mendoakan yang terbaik buat arwah.
Innalillahi wa innailaihi rojiun, telah berpulang satu anggota keluarga kami. Semoga amal ibadah Aditiya Eka Putranda diterima di sisi Allah, dan juga pihak keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan. Rest In Pride, brother 🙏🥀 pic.twitter.com/fOq4WfGPN4
— 𝐊𝐈𝐋𝐎𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑 𝟓 𝐁𝐎𝐘𝐒 (@Kilometer5Boys_) August 28, 2022
“Innalillahiwainnalillahiraji’un, kami daripada keluarga besar PSS Sleman turut melahirkan rasa dukacita kematian saudara kita iaitu Aditya Eka Putranda.
“Semoga arwah diterima di sisi Allah SWT dan para ahli keluarga sentiasa tabah dengan pemergian ini,” jelas akau rasmi PSS Sleman di Twitter.
Sementara itu, kelompok penyokong PSS Sleman yang dipanggil sebagai Brigata Curva Sud (BCS) menuntut agar kes yang menimpa rakan mereka ini mendapat hukuman setimpal menurut info Bola.com.
Menurut Ketua Polis Sleman iaitu Achmad Imam Rifai, beliau mengesahkan kes ini sebagai suatu bentuk penganiayaan kepada mangsa.
Swargi langgeng, Mas. pic.twitter.com/fYsbGdv6kU
— Brigata Curva Sud (@BCSxPSS_1976) August 28, 2022
Jelas beliau menerusi sebelum itu, Achmad masih lagi enggan untuk menerangkan dengan lebih lanjut punca kematian tersebut dan siasatan lanjut jelas masih lagi dibuat oleh mereka.