Liga Europa: Kemenangan Yang Memberi Makna Berbeza Buat Lazio Dan Napoli

Lazio

Dua kelab Itali, Lazio dan Napoli mencipta kebangkitan untuk menang pada perlawanan kedua pusingan 32 terbaik menentang lawan masing-masing selepas tewas pada perlawanan pertama tempohari.

Namun, kemenangan yang dicipta memberikan makna yang berbeza buat kedua-dua pasukan tersebut apabila Lazio menang bergaya dengan keputusan 5-1.

Manakala kemenangan 2-0 SSC Napoli terhadap RasenBallsport Leipzig di Red Bull Arena Leipzig masih belum mampu untuk membawa pendahulu Serie A itu ke pusingan seterusnya.

Lazio (5) lawan Steaua Bucharest (FC FCSB) (1)

Lazio berjaya bangkit daripada tewas 1-0 pada perlawanan pertama apabila bertindak garang untuk menang 5-1 pada perlawanan kedua yang diadakan di Stadio Olimpico, Rome.

Kemenangan ini turut dibantu dengan jaringan hatrik yang dihasilkan oleh Ciro Immobile.

Penyerang berusia 28 tahun itu meledakkan jaringan pembukaan seawal minit ke-7 permainan setelah melepaskan satu rembatan dari jarak dekat hasil hantaran dari ketua pasukan, Senad Lulic.

Bartolomeu Jacinto ‘Bastos’ yang masuk menggantikan Martin Caceres menambah jaringan kedua menerusi tandukan padu yang dilakukan berpunca dari sepakan sudut dari Luis Alberto pada minit ke-35.

Immobile sekali lagi menemui sentuhan jaringan ketika perlawanan separuh masa pertama hanya berbaki tiga minit.

Enam minit selepas aksi babak kedua kembali bersambung, Felipe Anderson pula meletakkan nama selaku penjaring dengan gol keempat buat Lazio.

Immobile melengkapkan malam gemilang buat dirinya apabila melengkapkan hatrik pada minit ke-71 selepas beliau bijak memperdayakan pertahanan dan penjaga gol pelawat untuk mudah menolak bola ke gawang FC FCSB.

Harlem-Eddy Gnohere menghadiahkan jaringan saguhati buat pasukan pelawat untuk perlawanan berakhir dengan agregit 5-2.

RasenBallsport Leipzig (0) lawan SSC Napoli (2)

Leipzig menggunakan kesempatan diatas kemenangan 3-1 di Naples tempohari untuk membawa skuad bimbingan Ralph Hasenhuettl itu ke pusingan 16 terbaik.

Napoli membuka tirai jaringan pada minit ke-31 apabila percubaan dari Lorenzo Insigne berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol, Peter Gulacsi.

Piotr Zielinski yang meluru ke arah bola dengan tenang menyudahkan peluang terbuka itu.

Napoli terus menekan Leipzig dengan jaringan kedua sekaligus menyamakan kedudukan agregit 3-3 hasil jaringan cantik yang dicipta Insigne selepas pemain kelahiran Frattamaggiore, Itali itu menyambar hantaran lintang dilakukan Jose Callejon.

Namun, jaringan pada minit ke-86 itu masih belum cukup untuk memberikan kegembiraan berterusan buat penyokong mereka selepas RasenBallsport Leipzig melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik dengan peraturan jaringan di tempat lawan.

Sementara itu dua lagi wakil dari Itali, AC Milan mengiringi Lazio ke pusingan seterusnya selepas mengenepikan cabaran Ludogorets Razgrad dengan agregit 4-0 manakala Atalanta kecundang ditangan Borussia Dortmund.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN