Liga Europa 2018/19: Hatrik Ruben Loftus-Cheek Rintis Kemenangan Bersih Buat Chelsea

Pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek meledakkan hatrik di Stamford Bridge bagi membantu The Blues mencatatkan kemenangan 3-1 ketika bertemu BATE Borisov dalam aksi Liga Europa 2018/19 awal pagi tadi.

Ia sekaligus menghadiahkan kemenangan ketiga buat Chelsea dalam saingan tersebut setelah menang 1-0 dalam dua aksi terawal bertemu PAOK Thessaloniki dan Vidi FC.

Loftus-Cheek hanya memerlukan dua minit untuk membuka tirai jaringan selepas pemain berusia 22 tahun itu melepaskan rembatan hasil hantaran dari sebelah kanan pintu gol pasukan pelawat yang dilakukan Davide Zappacosta.

Berselang enam minit kemudian, Loftus Cheek sekali lagi menggembirakan kem Chelsea dengan jaringan kedua setelah beliau menyempurnakan peluang dengan menyambar dengan kemas hantaran menerusi sepakan penjuru oleh Willian.

Loftus-Cheek
LONDON, ENGLAND – OCTOBER 25: Ruben Loftus-Cheek of Chelsea scores his hat-trick goal during the UEFA Europa League Group L match between Chelsea and FC BATE Borisov at Stamford Bridge on October 25, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Bryn Lennon/Getty Images)

Kelebihan dua jaringan tersebut kekal hingga wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan pengadil perlawanan.

Memasuki babak kedua, Chelsea terus mendominasi permainan dengan beberapa siri serangan bagi terus memberikan tekanan buat gawang BATE Borisov yang dikawal Denis Scherbitsk.

Usaha tuan rumah membuahkan hasil pada minit ke-54 dan Ruben Loftus-Cheek terus mencuri tumpuan dengan ledakan hatrik selepas sepakan ‘placing’ cantik dilepaskannya berjaya menewaskan Scherbitsk bagi menjadikan kedudukan 3-0 memihak Chelsea.

Wakil dari Belarus itu akhirnya berupaya mencipta jaringan saguhati pada minit ke-79 apabila Aleksey Rios yang tidak dikawal ketika situasi sepakan percuma, dengan mudah menolak masuk bola untuk mengurangkan defisit jaringan.

Jaringan tersebut bagaimanapun sudah terlewat buat skuad bimbingan Aleksey Baga untuk menghalang kemenangan 3-1 Chelsea sekaligus memberikan kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Europa 2018/19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN