Liga Europa 2017/18: Tewas Di Austria Tidak Halang Kemaraan Marseille Ke Final

Marseille

Olympique Marseille membawa cabaran kelab dari Perancis pada perlawanan akhir Liga Europa selepas berjaya membenam cabaran Red Bull Salzburg dengan agregat 3-2 walaupun tewas 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Red Bull Arena.

Sebelum perlawanan ini bermula, Marseille yang dibimbing Rudi Garcia memiliki kelebihan dua jaringan selepas menang 2-0 dalam aksi pertama yang berlangsung pada 27 April lalu.

Usaha kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang jaringan walaupun corak permainan saling menyerang ditampilkan pada babak pertama.

Namun, cabaran sukar buat Marseille pada aksi di babak kedua yang lebih menarik dengan dua jaringan berjaya dihasilkan tuan rumah untuk mengikat keputusan secara agregat.

Gol pertama Salzburg terhasil pada minit ke-53 setelah Amadou Haidara yang melakukan gerakan solo melepasi kawalan lima orang pemain Marseille berjaya meledakkan percubaan yang sekaligus menewaskan penjaga gol, Yohann Pele.

Salzburg terus memberikan harapan buat peminat setia mereka dengan jaringan kedua.

Gol tersebut berpunca daripada percubaan yang dilakukan Xavier Schlager cuba untuk diselamatkan Bouna Sarr, namun usaha tersebut memakan diri apabila Sarr tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-65.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan memaksa perlawanan berlanjutan ke aksi masa tambahan.

Rolando muncul wira buat Marseille selepas beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-116 untuk membawa skuad Les Olympeans ke pentas akhir bagi berdepan Atletico Madrid di Parc Olympique Lyonnais pada 16 Mei nanti.

Foto: Olympique De Marseille

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN