Bagaimana Struktur Liga Bola Sepak Di Turki Dilaksanakan?

Apabila menyebut tentang liga di Turki pasti anda akan terfikir tentang kelab gergasi Turki seperti Besiktas, Fenerbahce dan Galatasaray.

Tahukah anda Turki mempunyai lebih dari 100 pasukan yang bermain di liga profesional mereka? Liga di Turki juga dikendalikan oleh TFF (Turkish Football Federation) dan mempunyai 4 peringkat liga.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana liga-liga profesional di Turki berlangsung.

Super Lig (Spor Toto Super Lig)

Spor Toto Super Lig adalah liga paling utama dan kelab seperti Besiktas, Fenerbahce, dan Galatasaray bermain di liga ini.

Intercontinental Derby antara Galatasaray & Fenerbache antara perlawanan terulung di liga atasan Turki.

18 pasukan ini akan bermain perlawanan secara home & away seperti liga-liga yang lain.

Juara liga akan mendapat slot ke peringkat kumpulan UEFA Champions League (UCL) manakala naib juara pula akan mendapat slot ke peringkat saringan (play-off) UCL.

Pasukan di tangga ketiga dan keempat akan mendapat slot ke UEFA Europa League (UEL) dan tempat kelima atau juara Turkish Cup akan mendapat slot ke saringan UEL.

3 pasukan tercorot pula akan turun ke liga bawahan.

1.Lig (PTT 1.Lig)

Di liga ini juga formatnya tidak jauh beza seperti Super Lig.

Ia mempunyai 18 pasukan yang akan bertanding dengan juara dan naib juara akan naik ke Super Lig.

Manakala tempat ke 3-6 akan bermain di peringkat saringan untuk merebut satu slot ke Super Lig.

Juara peringkat saringan akan mengikuti jejak juara dan naib juara.

Pasukan yang mengakhiri liga di kedudukan tiga terakhir akan jatuh ke liga bawahan.

Di dalam liga ini menurut TFF setiap pasukan hanya dibenarkan mempunyai 3 pemain import termasuk 2 pemain import dari negara-negara seperti Azerbaijan, Uzbekistan, Turkmenistan, Khazakistan, dan Kirgistan.

Sekiranya pasukan itu jatuh dari Super Lig dan mempunyai pemain import lebih dari 3, kelab hanya boleh mengekalkan 3 sahaja pemain import mereka.

2.Lig (Spor Toto 2.Lig)

Di dalam liga ini 36 pasukan/kelab akan bertanding.

Daripada 36 pasukan mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Beyaz (putih) dan Kirmizi (merah) menjadikan setiap kumpulan mempunyai 18 pasukan.

Aksi ketika Spor Toto 2.Lig di Turki.

Di akhir musim, juara setiap kumpulan akan terus layak ke 1.Lig manakala tempat ke 2-5 setiap kumpulan akan bersaing dalam saingan saringan untuk ke 1.Lig. Berikut merupakan format untuk liga ini:

  • Naib juara akan bermain dengan pasukan ditangga ke-5 manakala pasukan tangga ke-3 akan bertemu dengan pasukan di tangga ke-4.
  • Setiap pasukan akan bermain perlawanan timbal balik.
  • Pasukan yang menang akan ke peringkat separuh akhir.
  • Pasukan yang menang di peringkat separuh akhir akan bertemu di perlawanan akhir dan akan bermain di stadium berkecuali (neutral venue).
  • Juara peringkat saringan akan dinaikkan ke 1.lig. (dari 8 pasukan hanya 1 pasukan yang akan layak).

3.Lig (Spor Toto 3.Lig)

Liga ke 4 ini bagi saya lebih menarik kerana liga ini akan dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan jumlah keselurahan pasukan di dalam liga ini adalah 54 pasukan!

Setiap kumpulan akan mempunyai 18 pasukan.

Seperti peringkat liga yang lain juara setiap kumpulan akan dinaikkan ke 2.lig manakala tempat ke 2-5 setiap kumpulan akan bermain di peringkat saringan mengikut kumpulan masing-masing.

3 pasukan juara setiap saringan akan naik ke 2.lig.

Apa yang menarik adalah semua pasukan yang bertanding di dalam 2.lig dan 3.lig tidak dibenarkan mengambil mana-mana pemain import. Pemain mestilah mempunyai kerakyatan Turki.

Untuk pengtahuan semua, Spor Toto adalah penaja utama dalam liga Turki yang merupakan syarikat judi terbesar di Turki.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh saudara Arif Rahman yang merupakan rakyat Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran beliau di Turki. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN