‘Liga Arab Bolehlah’ – Perjalanan Xavi Bersama Barcelona Tidak Semudah Yang Disangka

Xavi Barcelona
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez mengakui beliau cukup bengang dan sukar menerima kenyataan bahawa pasukannya terkandas di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas tewas 3-0 kepada Bayern Munich pada awal pagi tadi.

Kelab Catalan itu menamatkan saingan kumpulan E di tangga ketiga di belakang kelab Jerman berkenaan dan Benfica selepas sekadar mengumpul tujuh mata dari enam perlawanan.

Penyingkiran Barcelona itu bermakna ia kali pertama mereka gagal mara ke pusingan kalah mati dalam tempoh 20 tahun dan Xavi dalam sidang media selepas perlawanan tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

“Memang saya marah. Ini adalah realitinya dan ia buat saya bengang. Kita perlu hadapinya, tiada apa lagi yang saya boleh katakan. Era baharu bermula hari ini. Kita bina semula pasukan ini dari sifar,” ujar jurulatih berusia 41 tahun itu.

“Saya telah cuba untuk melakukan yang terbaik, malangnya kadang-kadang saya juga perlu menerimanya kerana sebagai pemain saya juga pernah melalui pengalaman ini. Tetapi saya telah bercakap kepada pemain kita perlu bermula dari awal.

“Jadi saya harap akan datang kami akan bersaing dengan lebih baik, tetapi kami perlu jujur mengakui yang kami masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

“Mereka [Bayern] adalah pasukan yang lebih baik, lebih hebat dan walaupun kami cuba untuk memberi tekanan, mereka tetap dapat mengatasi kami dan inilah realiti pahit yang perlu diterima.”

Xavi turut menekankan bahawa Barca perlu menggunakan pengalaman ini secara konstruktif agar mereka boleh bergerak ke hadapan dalam mendepani cabaran yang akan datang dan tidak akan sesekali berada pada kedudukan ini [tersingkir di peringkat kumpulan] lagi.

“Ia seharusnya menjadi titik perubahan untuk satu perubahan yang dinamik bagi mengubah banyak perkara. Kami tidak bersaing seperti yang sepatutnya di UCL dan selepas ini Liga Europa (UEL) menanti.

“Kami akan hadapinya dengan bermaruah, kita tidak boleh perkara ini berulang lagi. Kami perlu bermain di UCL, bukan UEL dan semua kerja keras perlu bermula dari sekarang.”

Prestasi Barcelona di LaLiga juga tidak sebaik yang diharapkan di mana mereka kini ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu Real Madrid walaupun berbanding 10 mata ketika Xavi mengambil alih pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN