Li Tie Hanya Pilih Pemain Yang Rela Berkorban Untuk Negara Mewakili China

Jurulatih baharu China, Li Tie berkata, untuk menghidupkan semula peluang pasukan negaranya layak ke Piala Dunia, beliau mahu semua pemain memberi sepenuh komitmen dan hanya akan memilih pemain yang benar-benar bermain demi negara.

Bekas pemain Everton tersebut telah dilantik menggantikan Marcello Lippi pada Jumaat, enam minggu selepas jurulatih warga Itali itu meletakkan jawatan berikutan kekalahan kepada Syria dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Kekalahan berkenaan telah meletakkan peluang China untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas 20 tahun dalam kedudukan bahaya.

“Dalam proses pemilihan pemain, perkara pertama dan paling pernting adalah untuk mencari orang yang benar-benar bermain demi negara, orang yang ada semangat dedikasi, orang yang mahu korbankan segalanya demi lencana di dada.

“Kedua, kami mahu cari pemain yang mampu memikul tekanan apabila menyarung jersi pasukan kebangsaan.” kata Li seperti yang dilaporkan Reuters.

Peluang China untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak kali pertama membuat penampilan dalam kejohanan itu pada 2002 semakin tipis. Skuad kendalian Li kini di kedudukan kedua kumpulan A.

Hanya pemenang setiap kumpulan dan empat pasukan naib juara kumpulan terbaik akan dijamin tempat ke pusingan seterusnya. Asia mempunyai empat tempat ke pusingan akhir dan satu slot play-off.

China kini ketinggalan lapan mata di belakang Syria selepas empat perlawanan tetapi kurang bermain satu perlawanan berbanding pasukan lain dan mereka akan berdepan Maldives pada penghujung bulan Mac yang menjadi perlawanan pertama buat Li selaku ketua jurulatih.

Jurulatih berusia 42 tahun itu bukanlah asing dalam skuad kebangsaan. Beliau pernah mewakili China sebanyak 92 kali sebagai pemain termasuk semasa Piala Dunia 2002. Li juga pernah menjadi penolong jurulatih kepada Lippi dalam skuad negara itu.

“Saya telah belajar benyak perkara dengannya,” kata Li mengenai jurulatih yang memenangi Piala Dunia 2006 bersama Itali itu.

“Saya rasa salah satu perkara perting adalah keinginannya yang tinggi untuk menang, yang mana ianya satu kelebihan berbanding jurulatih lain yang saya pernah jumpa.”

Li merupakan warga China kedua yang mengisi jawatan tersebut sejak Jose Antonio Camacho memegangnya pada 2011. Namun Li menegaskan, kewarganegaraan tidak memberi apa-apa makna kepada kemampuan seseorang jurulatih.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai perbezaan antara jurulatih China atau jurulatih asing. Saya rasa dalam bola sepak, satu perkara yang perlu dinilai adalah kamu boleh buat atau tidak.

“Jika kamu boleh, kamu buat. Jika tak boleh, berambus.”

“Tidak kira betapa hebat pun kami sebagai jurulatih, kamu akan tetap merasai kejayaan dan kegagalan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN