Leyton Orient Tangguh Perlawanan Kerana Risaukan Kehadiran Penyokong Ajax

Kelab League Two, Leyton Orient mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan menentang skuad Brighton Bawah-21 Tahun di pertandingan Piala Leasing.com, kerana risaukan kehadiran penyokong Ajax dalam jumlah yang ramai ketika perlawanan tersebut diadakan.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Orient, perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Breyer Group itu terpaksa ditangguh ke tarikh lain selepas mendapat nasihat untuk berbuat demikian daripada pihak polis.

Perlawanan asal sepatutnya berlangsung pada 5 November hadapan; iaitu pada malam yang sama Ajax berhadapan dengan Chelsea di Stamford Bridge untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Namun demikian, UEFA tidak membenarkan Ajax menjual atau mengedarkan tiket untuk perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge sebagai hukuman akibat masalah yang dicetuskan oleh penyokong kelab Belanda itu dalam perlawanan menentang Valencia yang berlangsung di Mestalla.

Tidak kurang 2,000 penyokong Ajax dilaporkan sudah menempah perjalanan dan penginapan untuk ke London kerana perlawanan ini.

Disebabkan kegagalan untuk menyaksikan perlawanan di Stamford Bridge, penyokong Ajax dikatakan mempertimbangkan kemungkinan untuk menghadiri perlawanan membabitkan Orient.

Walaupun Orient menghubungi Ajax pada minggu lalu untuk berbincang demi memastikan keselesaan dan keselamatan semua pihak, pengumuman terbaru ini telah membatalkan semua perancangan terdahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN