“Lewat Bayar Gaji Untuk KL City Bukan Perkara Baru” – Stanley Bernard

Para pemain Kuala Lumpur City boleh menarik nafas lega apabila tunggakan gaji mereka selama dua bulan sebelum itu bakal diselesaikan pada minggu depan.

Stanley Bernard selaku Ketua Pegawai Eksekutif KL City memberi jaminan mengenai hal tersebut dan pada masa sama mengakui ada isu mengenai kelewatan pihak mereka untuk membayar gaji buat para pemain selama dua bulan sebelum itu dan bakal diselesaikan tidak lama lagi.

“Perkara ini (lewat pembayaran gaji) untuk KL City bukan baru, tahun lepas pun situasi sama juga, sebab itu pemain-pemain kami tidak bising di laman sosial kerana kami di pihak pengurusan sentiasa berbincang dengan pemain.

“Pemain sangat memahami dan mereka tahu gaji mereka tetap akan di bayar cuma kadang-kala lewat sedikit. Mungkin sebab kita dah jadi juara Piala Malaysia, isu ini timbul sedangkan tahun lalu tidak pun.

“Kita dah maklumkan kepada pemain tentang kelewatan dan mereka faham. Tetapi kita dah dapat selesaikan dan minggu depan semuanya akan dibayar.

“Sebelum perlawanan dengan JDT (Johor Darul Ta’zim) kita dapat bayar semua dan komitmen pemain tetap sama untuk berikan terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya kepada Arena Metro.

Bojan Hodak selaku pengendali KL City sebelum itu telah memberi impak dalam saingan Piala Malaysia musim lepas dengan menjuarai kejohanan tersebut untuk menewaskan Johor Darul Takzim. Namun, permulaan mereka pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) kali ini dilihat sedikit hambar dari segi keputusan.

Pasukan ini dijadual bakal berdepan JDT sekali lagi dalam aksi Liga Super pada 6 April di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras setelah sebelum itu mereka tewas dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim.

Untuk ketika ini, aksi saingan liga tempatan direhatkan sebentar sehingga awal bulan April bagi memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan yang bakal berlepas ke Singapura untuk menghadapi dua perlawanan Tier 1 menentang Filipina dan tuan rumah.

Ketika ditanya Stanley mengenai pasukan KL City, jelas beliau pasukan bakal kembali dengan lebih kuat sebaik sahaja aksi Liga Super kembali berlangsung.

“Ketika ini Romel Morales dah mula sertai latihan bersama pasukan selepas diketepikan ekoran kecederaan sebelum ini.

“Beberapa pemain juga yang cedera sebelum ini sudah pulih dan perkembangan ini amat baik. Kita yakin pasukan bakal lebih sedia apabila menentang JDT nanti,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN