Levy Dituduh “Berperangai Yahudi” Kerana Jual Kane Dengan Harga Mahal

Harry Kane

Drama perpindahan melibatkan bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane kini telah memasuki babak yang seterusnya.

Kane dilihat masih lagi berkeras untuk tinggalkan kelab itu dengan Tottenham juga begitu liat untuk mahukan kekalkan kapten England tersebut di utara London.

Drama perpindahan ini jelas sekali mendapat liputan luas semua pihak termasuklah penyokong. Malah, penyokong juga mempunyai pendapat mereka sendiri mengenai situasi ini.

Baru-baru ini, pengerusi Tottenham iaitu Daniel Levy tidak dilabel sebagai “berperangai Yahudi” kerana tidak mahu melepaskan Kane dengan harga yang rendah.

Dalam sebuah rancangan temu bual di stesen radio talkSPORT, seorang penyokong ditanya oleh juruhebah Perry Groves dan Jordan Jarrett-Bryan mengenai situasi Kane.

“Adakah Tottenham sepatutnya mendapatkan yuran perpindahan yang mereka rasakan sepatutnya mereka dapat? Jika mereka tidak berjaya, Kane tidak akan ke mana-mana,” tanya juruhebah itu kepada penyokong tersebut.

“Ya tapi Daniel Levy, Levy adalah seorang Yahudi. Pastinya dia tak akan lepaskan Kane begitu saja bukan?,” jawab penyokong tersebut.

Jawapan penyokong tersebut jelas sekali membuatkan dua juruhebah radio itu tergamam dan tidak mampu untuk membalas semula.

Asas disebalik jawapan penyokong tersebut adalah disebabkan Levy sememangnya seorang yang berketurunan Yahudi dan beliau begitu liat dalam urusan perpindahan.

Levy tetap mahukan Kane sekiranya dilepaskan dengan harga £150 juta dan lebih mahukan kelab di luar Premier League membelinya.

Tottenham Hanya Mahu Jual Kane Kepada Kelab Bukan Premier League

Komen dari penyokong tersebut amat tidak disenangi oleh Tottenham yang kemudiannya meminta talkSPORT memberikan permohonan maaf.

“Ianya tidak boleh diterima yang anti-semitism tidak menerima tahap kecaman yang sama seperti bentuk diskriminasi yang lain dan kurangnya usaha untuk mengatasi masalah tersebut,” kata Tottenham menerusi kenyataan mereka.

talkSPORT bagaimana pun telah melakukan permohonan maaf kepada Tottenham dan ianya diterima oleh kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN