AFC Perkemas Peraturan, Wajibkan Pasukan Ada Lesen Kelab AFC Untuk Bermain Kejohanan Asia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini telah menggubal semula peraturan mereka mengenai perlesenan kelab.

Pihak AFC telah mengubah peraturan dengan mewajibkan semua pasukan yang bertanding di kejohanan anjuran AFC wajib mempunyai lesen kelab AFC.

Ia termasuklah untuk beraksi di AFC Champions League dan juga Piala AFC.

Sebelum ini, syarat wajib ada lesen kelab AFC ini hanya dikenakan kepada mana-mana pasukan yang beraksi di peringkat utama dan kelayakan AFC Champions League.

Namun kini, bermula pada musim 2018 pihak AFC turut mewajiibkan semua pasukan yang beraksi untuk peringkat utama dan kelayakan Piala AFC untuk turut mempunyai lesen kelab AFC.

Setakat ini, hanya kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempunyai lesen kelab AFC dalam 22 pasukan di Liga Malaysia merentasi Liga Super dan Liga Perdana.

Apa kesannya?

Kesan pertama kepada peraturan baharu AFC ini seharusnya akan memaksa semua pasukan di Liga Malaysia untuk segera mendapatkan lesen kelab AFC seawal yang mungkin.

Hal ini kerana, jika tiada lesen maka tiadalah bola sepak Asia untuk pasukan tersebut.

Selain itu juga, slot itu terpaksa diberikan kepada pasukan JDT terutamanya jika ia melibatkan juara liga.

Semua tahu juara Liga Super akan dapat pergi ke saingan kelayakan AFC Champions League bukan?

Tetapi bukankah AFC Champions League memerlukan pasukan itu untuk ada lesen kelab AFC? Jadi kalau pasukan selain JDT yang menang liga macam mana?

Sekiranya situasi itu berlaku, slot ke kelayakan AFC Champions League itu tetap akan diberikan kepada JDT kerana JDT sahaja yang punya lesen kelab AFC.

Oleh itu, pasukan-pasukan di negara kita mestilah segera mendapatkan lesen kelab AFC.

Ia juga selaras dengan keperluan FMLLP yang mahukan semua pasukan Liga Malaysia diswastakan pada 2018.

Baca juga: Atas Faktor Keselamatan, Skuad Negara Tak Akan Terbang Ke Korea Utara

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN