Leroy Sane: Semua Pasukan Sudah Pasti Mahu Tumbangkan Juara

Tonggak Manchester City yang juga merupakan pemenang anugerah Pemain Muda Terbaik PFA 2018, Leroy Sane menjangkakan cabaran sukar bakal diterima pasukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.

Musim ini skuad bimbingan Pep Guardiola itu mengesahkan mahkota kejuaraan ketika aksi dalam saingan EPL masih berbaki lima perlawanan lagi dan kini mereka sedang mengintai untuk memecahkan rekod dalam saingan liga paling popular ini.

Bagi Sane, misi untuk mempertahankan kejuaraan untuk musim hadapan bakal menjanjikan cabaran yang lebih besar.

”Ketika ini kami merupakan juara dan semua orang mahu menang keatas pasukan juara. Itulah yang akan mengakibatkan lebih sukar untuk memenangi gelaran liga musim hadapan,” jelas Sane kepada ESPN FC.

”Ia cukup bermakna segala-galanya buat saya. Saya sangat gembira dapat memenangi saingan liga dan memiliki trofi tersebut.”

Pemain antarabangsa Jerman ini turut mengharapkan agar Manchester City dapat menempa kejayaan dalam saingan Eropah selepas The Cityzens kecundang di peringkat suku akhir ditangan Liverpool.

”Saya fikir terdapat banyak perkara yang kami boleh ubah. Sudah tentu kami boleh meningkatt tetapi kami masih mempunyai kepercayaan yang kami mampu melakukannya.”

LONDON, ENGLAND – MARCH 01: Leroy Sane of Manchester City scores the third goal past Petr Cech of Arsenal during the Premier League match between Arsenal and Manchester City at Emirates Stadium on March 1, 2018 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Kami mempunyai bakat dan kualiti yang mencukupi untuk melakukannya. Kami akan lihat apa yang akan terjadi pada musim hadapan.”

Walaupun sudah bergelar juara Liga Perdana Inggeris terlebih awal, Leroy Sane menegaskan bahawa pasukannya mahu menamatkan saingan musim ini dengan unggul.

”Kami berkata apabila kami memenangi liga, kami mahu untuk mencipta rekod baru, untuk memperbaharui rekod, untuk kekal fokus pada baki perlawanan.”

”Kami tidak boleh melangkah ke belakang walaupun kami sudah pun memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.”

”Setiap pemain masih mencuba untuk beraksi dengan baik. Kami mahu untuk menamatkan musim ini dengan sangat baik dan mempunyai keyakinan untuk menghadapi Piala Dunia,” tambah Sane lagi.

Pemburuan bagi mencipta rekod baru diteruskan apabila Manchester City bakal menanti kunjungan Huddersfield Town di Stadium Etihad pada malam esok yang merupakan perlawanan ke-36 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN