Leroy Sane Jaring Gol Sulung Bantu Jerman Tewaskan Rusia

Penyerang Manchester City, Leroy Sane akhirnya berjaya menjaringkan gol sulung beliau  di pentas antarabangsa untuk membantu Jerman menewaskan Rusia 3-0 dalam perlawanan persahabatan pada awal pagi tadi.

Sane tersisih daripada skuad Piala Dunia Jerman ke Piala Dunia 2018- turut menyaksikan skuad bimbingan Joachim Low itu gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Penyerang berusia 24 tahun itu menjaringkan gol untuk Jerman pada minit ke-8 perlawanan selepas menyambar hantaran lintang Serge Gnabry.

Niklas Sule meletakkan Jerman selesa dengan kelebihan dua gol di hadapan pada minit ke-25 perlawanan apabila menyudahkan kuisan dengan kepada dari pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger.

Gnabry melengkapkan kemenangan mudah Jerman dengan percubaan dari luar kotak penalti.

Low turut mengambil peluang dari perlawanan ini untuk membentuk skuad baru Jerman apabila hanya dua pemain di atas usia 25 tahun memulakan perlawanan- dengan Matts Hummels dan Thomas Muller berada di bangku pemain simpanan.

Jerome Boateng turut tidak dipanggil ke dalam skuad pada kali ini manakala Toni Kroos diberikan rehat oleh Low.

Kemenangan ke atas Rusia ini adalah yang keempat dari 14 perlawanan sebelum ini untuk Jerman yang akan tersingkir ke kumpulan bawahan Nations League jika Belanda menewaskan Perancis pada awal pagi esok.

Walaupun jika Perancis menang, Jerman masih perlu menewaskan Belanda pada Isnin hadapan untuk mengelakkan mereka menduduki tangga tercorot Kumpulan A1 pertandingan negara-negara eropah itu.

Anda boleh menyaksikan rangkuman aksi Jerman menentang Rusia melalui video di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN