Leroy Sane Gesa David Alaba Tidak Berhijrah Ke Manchester City

Leroy Sane

Pemain baharu Bayern Munich, Leroy Sane menggesa supaya rakan sepasukannya, David Alaba tidak berhijrah ke Manchester City selepas spekulasi mengatakan pertahanan kiri itu berada dalam radar The Cityzens.

Kontrak pemain skuad kebangsaan Austria itu hanya berbaki 12 bulan sahaja lagi dan Sane mengharapkan beliau dapat bergandingan dengan rakannya itu pada musim hadapan.

Sane yang baharu sahaja pulih daripada kecederaan panjang memilih untuk menyertai Bayern Munich dengan yuran perpindahan bernilai €49 juta selepas beliau menghabiskan empat musim bersama Manchester City.

Sepanjang empat musim tersebut, Sane berjaya menjaringkan 39 gol dalam 135 penampilan di semua pertandingan yang disertai skuad bimbingan Pep Guardiola itu.

”Saya sangat mengharapkan agar David [Alaba] dapat terus kekal di sini,” ujar Sane menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Dia merupakan seorang individu yang cukup baik, pemain bola sepak hebat dan kami saling mengagumi secara peribadinya.”

”David telah membuktikan bahawa dia bukan hanya seorang pemain pertahanan kiri terbaik di dunia, tetapi juga seorang yang luar biasa di bahagian tengah.”

Alaba yang merupakan produk lepasan Akademi Bayern Munich telah beraksi selama 10 musim [dipinjamkan ke Hoffenheim pada 2010/11] bersama kelab gergasi ulung di Jerman itu.

Di pentas domestik, sudah sembilan kejuaraan Bundesliga telah dimenanginya manakala telah menjulang lima trofi DFB-Pokal serta turut sekali mengecap nikmat selaku pemenang Liga Juara-Juara Eropah (2012/13).

Kredit featured image: Pressefoto Ulmer\ullstein bild via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Sane:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN