Leroy Sane Anggap Chelsea Pencabar Terdekat Manchester City Musim Ini

Musim baharu bakal tiba tidak lama lagi dan semestinya Premier League akan tampil dengan lebih banyak aksi menarik.

Kesemua pasukan kini sedang giat melakukan persiapan sebelum musim bermula dan tidak ketinggalan juara bertahan – Manchester City.

Pemain mereka, Leroy Sane yang turut bersama pasukan melakukan persiapan memberikan pandangan beliau mengenai musim baharu yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurut beliau, Manchester City akan dicabar hebat oleh Chelsea pada musim ini.

Hal ini kerana, Sane berpendapat dengan kehadiran Maurizio Sarri akan memberikan nafas baharu kepada pasukan London itu.

“Saya rasakan Chelsea mampu berikan saingan sengit musim ini.”

“Chelsea telah mendapatkan jurulatih yang cukup baik buat mereka.”

Sarri

Sane berkata demikian berdasarkan pengalaman beliau beraksi menentang pasukan bimbingan Sarri iaitu Napoli pada perlawanan terdahulu.

“Cara Napoli beraksi sememangnya menarik. Kami sememangnya mengalami masalah ketika beraksi menentang mereka.”

Walaupun begitu, Sane berpendapat yang Chelsea bakal mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri mereka dengan taktikal Sarri yang berbeza dengan taktikal pengendali sebelum itu – Antonio Conte.

“Para pemain Chelsea mungkin akan mengambil sedikit masa untuk faham dengan taktikal Sarri ini tetapi mereka akan menjadi pasukan yang sukar untuk ditewaskan.”

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 04: Leroy Sane of Manchester City breaks away from Cesc Fabregas of Chelsea during the Premier League match between Manchester City and Chelsea at Etihad Stadium on March 4, 2018 in Manchester, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Chelsea membawa masuk Sarri selepas memecat Conte. Selain itu, mereka turut membawa Jorginho sebagai pemain baharu mereka.

Manchester City kini Amerika Syarikat untuk jelajah pra-musim mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN