Leonardo Bonucci Hampir Pasti Lengkapkan Perpindahan Mengejut Ke AC Milan

Wow, ini satu berita yang mengejutkan.

Pemain pertahanan Juventus iaitu Leonardo Bonucci kini dalam perjalanan beliau untuk menjadi pemain AC Milan.

Pemain yang berusia 30 tahun itu berharap urusan perpindahan beliau bersama AC Milan dapat diselesaikan sebelum hujung minggu ini.

Hal ini kerana, Bonucci dan AC Milan kini dalam peringkat seterusnya mengenai perpindahan.

Keputusan untuk meninggalkan kelab Juventus itu merupakan satu keputusan yang jelas dari Bonucci.

Hal ini kerana, Bonucci dikatakan sering mengalami masalah bersama pengurus Max Allegri yang berakar umbi pada musim lalu.

Ia bermula apabila pemain itu dan pengurusnya bertukar-tukar kata-kata hina ketika perlawanan menentang Palermo pada musim lalu.

Keretakan hubungan itu semakin jelas apabila Bonucci digugurkan ketika perlawanan UEFA Champions League menentang Porto.

AC Milan dikatakan bersedia membayar sebanyak  €40 juta untuk mendapatkan Bonucci.

Jika perkara ini terjadi, Bonucci bakal menyertai pemain-pemain seperti Andrea Conti, Ricardo Rodriguez dan juga Hakan Calhanoglu yang menyertai revolusi AC Milan pada musim ini.

Sumber:

  1. The Guardian (2017): Juventus’s Leonardo Bonucci set to join Milan in shock move; https://www.theguardian.com/football/2017/jul/13/juventus-leonardo-bonucci-set-to-join-milan-shock-move

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN