Apakah Maksud Lencana Bernombor Di Tepi Jersi Pasukan UEFA Champions League?

Perasan atau tak? Jika kita lihat pada jersi yang dipakai oleh sesetengah pasukan yang bermain di UEFA Champions League (UCL) atau Europa League (UEL) di sebelah tepi, pasti ada lencana yang tertera angka pada lencana tersebut?

Tapi tahukah anda apakah maksud disebalik tersebut?

Lencana tersebut dikenali sebagai lencana Badge of Honor ataupun BOH. Ia seringkali dipakai oleh pasukan tertentu di UEFA Champions League atau UEFA Europa League seperti Real Madrid dan Bayern Munich.

Jenis-jenis Badge of Honor

Dalam kejohanan-kejohanan kelab anjuran UEFA, terdapat 2 jenis BOH yang dipakai oleh pasukan-pasukan yang bertanding di dalam UCL ataupun UEL.

Pertama adalah lencana untuk juara bertahan yang dikenali sebagai title holder badge.

Ia dipakai oleh pasukan yang merupakan juara bertahan dari siri kejohanan UCL dan UEL pada musim lalu dan ia diperkenalkan pada musim 2004-2005 yang ketika itu Porto merupakan juara bertahan UCL.

Lazimnya, ia akan menggunakan menggunakan warna biru tua pada lencana ini dan tertera tahun kejuaraan UCL yang dimenangi oleh pasukan tersebut.

‘Title holder badge’ yang dipakai oleh Chelsea ketika saingan 2012/2013 selepas menjuarainya pada musim 2011/2012.

Selain itu dari title holder badge, satu lagi lencana adalah lencana BOH yang diterangkan di awal artikel.

Ia digunakan oleh pasukan-pasukan elit UEFA sahaja di dalam saingan UCL atau UEL.

Apakah syarat untuk mendapatkan lencana ini?

Syaratnya adalah pasukan itu perlu memenangi UCL atau UEL 5 kali atau memenanginya sebanyak 3 kali berturut-turut.

Berikut merupakan senarai bagaimana pasukan yang memakai lencana BOH mendapatkannya:

  1. Real Madrid CF – memenangi gelaran UCL sebanyak 5 kali berturut-turut (1955/1956 hingga 1959/1960)
  2. Bayern Munich – memenangi gelaran UCL 3 kali berturut-turut (1973/1974 hingga 1975/1976)
  3. AFC Ajax – memenangi gelaran UCL 3 kali berturut-turut (1970/1971 hingga 1972/1973)
  4. AC Milan – memenangi gelaran UCL sebanyak 7 kali
  5. Liverpool – memenangi gelaran UCL sebanyak 5 kali
  6. FC Barcelona – memenenangi gelaran UCL sebanyak 5 kali

Untuk gelaran UEL, hanya Sevilla sahaja yang mempunyai lencana BOH. Hal ini kerana, mereka adalah satu-satunya pasukan yang memenangi UEL yang memenangi 5 kali kejuaraan UEL.

Lencana BOH yang dipakai di jersi Sevilla.

Namun begitu, jika anda perasan pasukan AC Milan akan menggunakan lencana BOH tidak kira di dalam mana-mana perlawanan pun sama ada Serie A, UCL ataupun perlawanan persahabatan. Mengapa?

Hal ini kerana, AC Milan merupakan pasukan yang terakhir menjulang piala UCL berturut-turut di dalam sejarah (1988/1989 hingga 1989/1990). Dalama masa yang sama, UEFA menganggap AC Milan merupakan pasukan terkuat di Eropah kerana itu.

Justeru itu, lencana BOH pada lengan AC Milan boleh dipakai pada semua perlawanan bagi menunjukkan pasukan yang gah di Eropah.

Akan tetapi, AC Milan tidak boleh mendabik dada kerana pengiktirafan UEFA. Hal ini kerana Real Madrid mungkin bakal merampas gelaran pasukan gah itu dari AC Milan sekiranya Real Madrid menjuarai piala UCL pada tahun ini.

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Sufi Zulkarnain yang merupakan peminat setia Celtic. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Baca juga: Kisah Bagaimana Kenny Daglish Menjadi ‘Orang Tengah’ Kepada Persahabatan Celtic & Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN