Lelongan Bola Jaringan ‘Hand of God’ Maradona Dijangka Mencecah RM15 Juta

Bola yang digunakan sewaktu gol kontroversi ‘Hand of God’ oleh Diego Maradona 36 tahun lalu di Mexico bakal dilelong dengan harga bidaan yang dijangka mencecah £2.5 juta -£3 juta (RM13.2 juta – RM15.8 juta) pada bulan hadapan.

Ketika aksi menentang England di Stadium Azteca, Mexico City itu, penyerang legenda Argentina tersebut telah menggunakan tangan untuk menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Peter Shilton.

Ia diikuti dengan gol kedua menerusi gerakan solo yang mengesahkan kemaraan skuad La Albicelesta ke separuh akhir dan seterusnya menjuarai kejohanan pada edisi berkenaan.

Pengadil perlawanan pada hari kejadian, Ali bin Nasser dari Tunisia merupakan pemilik bola yang bakal dilelong.

“Saya tak nampak dengan jelas insiden itu. Kedua-dua pemain, Shilton dan Maradona membelakangi saya,” ujar Ali yang dipetik dari The Guardian.

“Seperti yang ditaklimatkan oleh FIFA sebelum kejohanan, saya perlu melihat kepada penjaga garisan untuk mengesahkan gol dan jelas tindakannya kembali ke gatisan tengah menandakan gol tersebut dibenarkan.

“Di akhir perlawanan, jurulatih England, Bobby Robson berkata kepada saya: “Kamu menjalankan tugas dengan baik, tetapi penjaga garisan yang tidak bertanggungjawab”.

“Bola ini merupakan sebahagian daripada sejarah bola sepak antarbangsa. Jadi saya merasakan sudah tiba masanya untuk berkongsi kepada dunia. Saya harap pembeli bola ini akan mempamerkannya kepada orang awam.”

Sesi lelongan akan diselia oleh pelelong terkenal, Graham Budd yang akan berlangsung pada 16 November. Pihak yang berminat untuk membuat bidaan boleh mula mendaftar secara dalam talian bermula 28 Oktober ini.

Awal tahun ini, baju yang digunakan semasa perlawanan ikonik tersebut juga telah dilelong dan terjual dengan harga £7.1 juta (RM37.2 juta).

‘Pecah Rekod Dunia’ – Lelongan Jersi ‘Hand Of God’ Maradona Cecah RM40 Juta

Maradona yang diiktiraf sebagai salah seorang pemain terbaik dalam bola sepak dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada November 2020 di usia 60 tahun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN