Lelaki Nigeria Ini Cuba Mengimbangi Bola Atas Kepala Sambil Berbasikal Lebih 100KM

Seorang lelaki warga Nigeria telah berbasikal sejauh lebih 100km sambil mengimbangi bola di atas kepalanya.

Harrison Chinedu telah berbasikal sejauh 103.6 kilometer merentasi Lagos tanpa menjatuhkan bola pada 20 November yang lalu.

ch

Chinedu mungkin sudah pun memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk jarak paling jauh dengan bola sepak di atas kepala. Ini kerana, pihak Guinnes memerlukan masa 90 hari untuk mengesahkan rekod tersebut.

Chinedu, yang bermain bola sepak profesional di Kemboja, memberitahu CNN dia mulai menyedari kemahiran istimewa itu sejak berusia 10 tahun.

Beliau kemudiannya terbaca tentang Guinness World Record dan mengiktiraf mana-mana individu yang melakukan rekod yang luar biasa.

“Saya melakukannya kerana saya ingin berkongsi bakat kurniaan Tuhan. Saya mahu menggalakkan orang-orang muda untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.”

Ketika ditanya wartawan CNN tentang bahagian paling sukar dalam cubaan beliau mencipta rekod tersebut. Chinedu menjawab:

“Bahagian yang paling mencabar adalah ketika melalui Jambatan Eko.”

“Ia adalah salah satu daripada tiga jambatan yang menghubungkan tanah besar Lagos dengan Pulau Lagos. Ia terletak di atas lagun Lagos. Jaraknya sepanjang 3.43 kilometer.”

chin

“Amat sukar untuk mengekalkan keseimbangan kerana kelajuan angin yang ketinggian jambatan tersebut.”

Chinedu turut menghargai bantuan yang diberikan oleh anggota polis dan pegawai Lembaga Urus Trafik Lagos State (LASTMA).

“Kerana bantuan mereka, saya mampu untuk melepasi kesesakan lalu lintas, bonggol dan jalan berlubang di sepanjang jalan raya.”

Kualiti jalan raya yang teruk memang salah satu faktor yang dijangka ramai pihak akan menjadi cabara utama. Namun Chinedu berjaya mengatasinya.

Chinedu agak kecewa dengan beberapa mulut ‘busuk’ yang meramal beliau akan kecundang kerana permukaan jalan yang teruk.

“Mengayuh basikal, mengawal bola, melihat keadaan trafik, ia adalah satu matematik.”

Kejayaan Chinedu untuk muncul di Guinness Book of World Records pertama beliau, adalah pada Mac lalu dengan cubaan berjalan sejauh 48.08km sambil mengimbangi bola.

Potensi ada 2 rekod Dunia Guinness! Boleh tahan!

Beliau memecahkan rekod seorang askar India, Naib Subedar Azad Singh yang berjalan sambil mengimbangi bola dengan jarak keseluruhan 45.64 km pada tahun 2014.

chi

Chinedu menyiarkan gambar sijil yang beliau terima daripada Guinness World Records.

Baca juga : Penentuan Hidup Mati Skuad Malaysia 7.30 Malam Ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN