Peminat bola sepak kebiasaannya akan mendambakan suasana yang begitu gamat dengan sorakan bagi meraikan jaringan serta kejayaan buat pasukan yang disokong.
Keadaan itu turut diharapkan walaupun hanya sekadar menonton sesuatu perlawanan di kaca televisyen.
Namun ia tidak bagi Stein Spijkerman, beliau lebih cenderung untuk menonton perlawanan Piala Dunia dengan keadaan yang lebih tenang dan aman damai secara bersendirian.
Beliau yang berusia 57 tahun turut tidak mahu ketinggalan bagi menyaksikan detik hebat di Rusia dengan menyewa keseluruhan flat kerana tidak mahu diganggu.
Spijkerman turut meletakkan syarat buat teman wanitanya sekiranya mahu ke flat tersebut.
🎥 | We spraken de man die een maand lang een appartement huurt, speciaal om ongestoord het WK te kijken. https://t.co/Ug30Uzzb3O
— Voetbal International (@VI_nl) June 26, 2018
Syarat yang ditetapkan adalah teman wanita beliau tidak boleh untuk bercakap mengenai perkara lain selain daripada bola sepak ketika perlawanan berlangsung.
Selain daripada itu adalah tidak dibenarkan sama sekali oleh Spijkerman.
”Teman wanita saya tinggal di Haarlem (Belanda) dan dia akan datang sekarang dan kemudian. Mungkin dia tidak akan datang dengan terlalu kerap.”
”Kami telah membuat perjanjian berkenaan perkara ini. Dia hanya boleh bercakap mengenai bola sepak ketika perlawanan berlangsung.”
Spijkerman mempunyai cara tersendiri dan boleh dianggap unik bagi meraikan kancah bola sepak yang berlangsung empat tahun sekali ini.
Anda bagaimana? Kongsikan di ruangan komen.