Anda mesti pernah melaluinya.
Pasukan FIFA 15 anda diheret ke penentuan penalti selepas masa tambahan. Apabila tiba masa pemain anda mengambil sepakan penalti, sepakan pemain tersebut melambung melepasi palang.
Anda rasa seperti mahu melempar joystick anda.
Itulah yang terjadi kepada peminat FIFA 15, Mario Thiessen baru baru ini.
Selepas Mario Götze gagal menyempurnakan sepakan penalti di FIFA 15, Thiessen melepaskan geram beliau dengan melempar joystick beliau sehingga hancur.
Tak cukup dengan itu, dia memuatnaik pula gambar joystick-nya ke akaun rasmi Facebook Bayern Munich.
Yang menariknya, post tersebut mendapat perhatian Mario Götze sendiri!
Dalam post tersebut, Thiessen meminta ganti rugi €49.90 (RM207.60) daripada Götze. Beliau juga memberitahu akan akan menghantar maklumat akaun banknya pada keesokan harinya.
Gotze bersimpati atas apa yang berlaku. Dengan segera, dia membalas mesej yang diterimanya, malah turut bersetuju untuk menggantikan joystick Thiessen!
Terjemahan:
Hello Mario,
Terlepas penalti di penghujung 90 minit memang saat yang pahit. Ia mengecewakan awak dan saya memahaminya. Apa yang terjadi kepada Thomas Muller (pemain yang selalu ditugaskan oleh Bayern untuk sepakan penalti)?
Jangan sesuka hati lempar joystick awak. Saya akan tempahkan pakej kecil untuk awak. Selepas ini, saya akan buat dengan betul. Saya janji! Semoga berjaya, Mario!
Beberapa hari lepas, Thiessen menerima pakej tersebut dan menulis status ini:
Baca juga: Sokongan Kelab Jerman Kepada Pemain Yang Menghidap Kanser Ini Sungguh Mengharukan
Sumber: Bild
LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter