Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Diet Paleo Membantu Mokhtar Dahari Menjadi Hebat!

‘Don’t eat junk!’ (Jangan makan jajan),  itulah nasihat yang diberikan oleh legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari  ataupun SuperMokh apabila ditanya bagaimana mahu menjadi pemain hebat.

Ramai pemain generasi baru seperti Akmal Rizal serta Safee Sali disebut-sebut bakal menjadi penganti SuperMokh tetapi malangnya mereka bukan sahaja gagal menepati ramalan malah turut mengecewakan.

Nama Akmal Rizal di usia 36 tahun kini semakin pudar di persada bola sepak tanah air manakala Safee Sali bakal mengikut jejaknya tidak lama lagi.

Apa yang membezakan SuperMokh dengan pemain-pemain generasi baru sehingga sukar dicari ganti?

Bola sepak tidak berubah sejak berpuluh tahun lalu. Skil bermain tetap sama dan dengan teknologi yang terkini.

Jadi, seharusnya pemain memanfaatkan segala peluang yang diberi untuk pergi lebih jauh tetapi malangnya pemain-pemain menjadi semakin parah sehingga pasukan kebangsaan ditewaskan dengan begitu teruk sekali.

Saya sempat berbual dengan bekas pemain ragbi negara, Iskandar Salleh yang merupakan pemegang sijil level 2 strength & conditioning daripada World Rugby.

“Perbezaan pemain dulu dan sekarang adalah gaya hidup yang berbeza. Kalau kita teliti, di usia muda Supermokh berbasikal ke sekolah yang jaraknya lebih 5km dari rumahnya di Kampung Pandan dan petang pula berbasikal ke padang UKRC yang jauhnya juga lebih 5km.”

“Setiap hari beliau berkayuh lebih 20km dan ini mengunakan basikal tua yang diperbuat daripada besi padu.”

“Secara tidak langsung ini menguatkan serta menjadikan otot kaki beliau berulas-ulas hingga dibandingkan dengan kaki seladang. Berbeza dengan pemain muda sekarang yang bermotor ke sana sini.

Pernah ditanya pada pemain muda, kali terakhir berbasikal ialah ketika darjah 4. Mokhtar Dahari berbasikal hingga usia 19 tahun.”⁠⁠⁠⁠

“Rembatan beliau juga cukup kencang dan deras hingga dikhabarkan pernah mematahkan jari penjaga gol lawan!,” katanya.”

Tiga batang jari mendiang R.Arumungam, bekas penjaga gol negara dikatakan pernah patah ketika cuba menampan satu sepakan kencang Supermokh ketika dalam satu sessi latihan

Kita sedia maklum di zaman SuperMokh tiada restoran mamak serta kedai tomyam hingga larut malam.

Sumber makanan yang diambil oleh arwah Mokhtar Dahari adalah di sekitar rumah seperti ayam, telur serta sayur-sayuran yang tumbuh merata. Eating clean dan fresh, no fast & junk food!

“Ini dikenali sebagai Paleo Diet yang mana memang berkesan untuk membina otot. Pemain masa kini terdedah pada gejala ini hingga melemahkan tubuh badan mereka sendiri.”

“Saya sendiri pernah terserempak dengan seorang pemain kebangsaan yang menikmati kangkung goreng belacan, paprik serta tomyam pada jam 11pm di hari biasa! ”

“Sebagai pemain professional, pemain wajib menjaga diet dan rehatnya 24 jam sehari hingga end of season.”

“Lepas tu barulah boleh nak makan yang bukan-bukan. Pemain perlu ubah diet daripada karbo kepada protein base. Lebihkan protein (ayam, ikan & telur) & sayur. Ini dipanggil clean diet,” jelasnya.

Bekas tukang urut pasukan Selangor di dalam sebuah dokumentari pernah menceritakan, badan SuperMokh adalah cukup keras seperti badan dua orang bina badan! Pasti lelah dia mengurut SuperMokh.

“Kalau kita lihat pemain-pemain generasi lama seperti Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh mempunyai badan yang sasa untuk bersaing dengan pasukan antarabangsa.”

“SuperMokh mungkin tidak menyedari ini tetapi beliau telah mengamalkan sports science jauh melangkaui masa kita.

“Masalah pemain kita sekarang ini terletak pada strength & conditioning yang tidak mencapai standard antarabangsa.

Salah training, maka hasilnya gagal. Sebagai contoh stamina. Stamina pemain bola sepak tidak sama dengan stamina distance runner. Jika runner berlatih berlari non stop, footballer berlari interval (jog,run) bersesuaian dengan demand of the sports. Jadi masalah sebenarnya terletak pada diet, resistance training dan recovery ”

“Bagi tujuan recovery (pemulihan), pemain perlu tidur seawal jam 10 malam, paling lewat 11.30 malam. Ini kerana proses recovery automatik bermula dari jam 10 malam-6 pagi. Tidak boleh tidak.”

“Pemain dulu tidak ada masalah ini kerana esok mereka perlu bekerja di pejabat, so memang terpaksa tidur awal.”

“Pemain sekarang ? Pagi 2 jam jer, itu pun kadang tiada training. Itu yang keluar dari rumah melepak sampai 3-4 pagi,” ujarnya.

Iskandar kini sedang mengusahakan untuk menganjur kem kecergasan untuk para pemain muda yang berminat. Beliau mahu ubah program Strength & Conditioning bola sepak Malaysia agar semua pemain tempatan setanding dengan pemain antarabangsa yang lain.

Beliau akan menganjurkan program Fitness Camp for Aspiring Harimau Malaya pada 4hb hingga 8hb Disember ini bertempat di Kompleks Sukan Kg Pandan, Kuala Lumpur. Harga yang perlu dibayar untuk menyertai program ini ialah RM450 meliputi :

1) Penginapan 5 hari 4 malam
2) Makan minum (ikut diet pemakanan atlet)
3) 3x sesi gym (strength & power)
4) 3x sesi padang (stamina, speed & agility)
5) 3x sesi class (strength & conditioning, fitness, nutrition & diet)
6) Fitness test

“Kebanyakan orang bila ditanya tentang fitness (kecergasan) hanya berkisar sekitar stamina. Sebenarnya ia lebih daripada itu. Fitness mengandungi 10 elemen iaitu strength, power, speed, agility, stamina, coordination, balancing, flexibility, stability/mobility & accurancy. Bagaimana mahu mencapainya? Melalui diet serta program resistance training yang tersusun,” jelasnya.

Program ini terbuka kepada semua peringkat umur dan penekanan diberikan kepada remaja berumur 16 hingga 18 tahun kerana pada umur ini merupakan titik perubahan otot dari remaja hingga dewasa.

Program ini  juga sesuai untuk para jurulatih tempatan yang ingin menambah ilmu dalam bidang strenght dan conditioning. Untuk maklumat lanjut, hubungi 017-3850830. Facebook : Iskandar Salleh

Leave a Reply