Kami menyeru kepada anda di luar sana agar tidak terlewat menjadi pemilih untuk Pilihan Raya. Ya, gendang pilihan raya sudah berbunyi. Ada ramalan mengatakan ia tidak lama lagi.
Ketepikan anda hendak menyokong parti mana. Tetapi, apa yang ingin kami kongsikan mengenai seorang usaha lelaki ini.
Dalam Facebook milik insan bernama Bung Hatta, beliau telah berkempen kepada penyokong di Stadium Darul Makmur untuk mendaftar sebagai pemilih.
Kami tidak pasti berapa ramai yang telah mendaftar sebagai pemilih melalui usahanya. Tetapi, kami pasti beliau konsisten berkempen untuk membantu pendaftaran pemilih.
Selain berkempen di luar stadium, beliau kerap turun menonton perlawanan melibatkan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Apa pun, kredit kepada beliau kerana menjadikan stadium sebagai tempat memberikan mengenai kesedaran hak dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat.
Usaha Sol Campbell
Kisah beliau ini mengingatkan penulis mengenai bekas pemain antarabangsa England, Sol Campbell. Anda boleh rujuk di sini.
Siapakah disasarkan oleh Sol Campbell?
Bukan penyerang pasukan lawan di atas padang bola sepak! Tetapi Sol menyasarkan penduduk bukan berkulit putih agar mendaftar untuk menjadi pengundi Pilihan Raya Umum.
Kempen ini diadakan pada 2015, sewaktu Britain mengadakan Pilihan Raya Umum. Namun, negara itu bakal mengadakan Pilihan Raya Umum pada awal Jun ini.
Tidak pastilah Sol Campbell akan dinamakan untuk calon sebuah parti di sana.
Sebelum ini, Sol Campbell pernah dicadangkan untuk bertanding dalam pemilihan Datuk Bandar London. Tetapi namanya tidak termasuk sebagai senarai akhir pencalonan untuk jawatan itu.
Agaknya penyokong Spurs akan mengundi beliau jika menjadi calon? Itu kami kurang yakin.
Konklusi
Kesimpulannya, tidak salah kepada mana-mana pihak menggunakan stadium untuk memberikan publisiti untuk kesedaran rakyat.
Undi daripada rakyat adalah penentu masa depan negara dalam sistem demokrasi. Usaha murni ini tidak salah kerana ia bukan kempen politik. Ia adalah kempen kesedaran.
Pada masa yang sama, penyokong bola sepak yang kerap tidak ada masa pergi ke pejabat SPR bolehlah pergi ke stadium di hari perlawanan sambil mendaftar sebagai pemilih. Kan mudah!
Cuma, ia mestilah dilakukan mengikut ‘mood’ rakyat semasa serta topik publisiti itu dekat di hati mereka. Bukan yang membuatkan rakyat makin marah dan tidak selesa dengan publisiti itu.
Baca juga: FMLLP Bidas Kenyataan TSAM Yang Bengang Dan Terus Beralasan