Leipzig, Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Bersaing Dengan Bayern Munich

Hampir setiap hari mereka dicemuh dan dicaci oleh seluruh penyokong bola sepak di Jerman kecuali penyokong mereka sendiri.

Setiap hari juga mereka mendengar orang menyumpah seranah, memaki dan mengharapkan mereka akan berada di zon penyingkiran dan tidak ada dalam Bundesliga lagi selepas ini.

Kisahnya bermula apabila sebuah syarikat gergasi dari Austria, Red Bulls membeli lesen sebuah kelab amatur divisyen 5 Jerman iaitu SSV Markranstaedt.

rb2

Red Bulls telah menukarkan semua identiti kelab itu termasuk namanya sekali. Red Bulls turut menjanjikan dana perpindahan pemain sekitar €100 juta.

Sebelum ini tidak ada siapa pun kisah atau ingin tahu pasal kelab ini. Namun pada hari ini, hampir seluruh dunia ingin tahu tentang mereka.

Kebangkitan Leipzig Dengan Cara Tidak Disenangi

Di Jerman, kelab bola sepak dilarang untuk menamakan kelab mereka dengan nama organisasi atau syarikat tertentu untuk memastikan kelab adalah milik awam/masyarakat.

Red Bulls telah menukar nama SSV Markrandstaedt kepada Rassenballsport Lepzig atau singkatanya RB Leipzig. Rassenballsport bermaksud lawn ball sport.

rb16

Kelahiran RB Leipzig bermula daripada cetusan idea Dietrich Mateschitz, founder kepada Red Bull. Beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak di Jerman timur.

Berdasarkan rekod, memang tidak ada kelab dari timur yang kompetitif di Bundesliga. Energy Cottbus adalah kelab Jerman yang paling berjaya selepas 3 kali berjaya memenangi promosi ke Bundesliga iaitu 2009, 2012, dan 2016.

Namun ramai melihat Mateschitz lebih mengambil kesempatan untuk menjadikan kelab bola sepak sebagai mekanisma publisiti pernigaan.

Beliau sudah memiliki Red Bulls Salzburg, New York Red Bulls, dan pasukan Formula One. Dalam bidang bola sepak, kenapa beliau tidak fokus kepada kelab beliau sebelum ini.

Leipzig, kota terbesar di Sachsen, kemudian dipilih Mateschitz untuk membina empayar beliau dalam bola sepak Jerman.

rb1111

Bantahan dan protes dari ramai pihak ke atas nama itu kerana akronim RB itu lebih kepada signifikan dengan Red Bulls.

RB Leipzig Manipulasi Peraturan Dan Paling Dibenci Di Jerman

Dalam satu tinjauan yang dilakukan di Jerman, RB Leipzig kini menjadi keab yang paling dibenci oleh peminat bola sepak di sana mengatasi Bayern Munich walaupun Leipzig baru sahaja memperkenalkan diri.

Peraturan 50+1 juga dengan jelas mengkehendaki kelab dimiliki oleh majoriti masyarakat yang menjadi ahli kepada kelab.

Bayern Munich setakat ini ada 224,000 ahli kelab yang membayar yuran tahunan €60 sahaja. Manakala Borrusia Dortmund ada 139,00 ahli dengan yuran €62 sahaja.

Untuk RB Leipzig pula mereka ada 17 ahli kelab dengan yuran tahunan seorang ahli ialah €1,000. Dari mana orang biasa sanggup membayar angka itu hanya menjadi ahli kelab bola sepak?

Difahamkan RB Leipzig tidak mahu mendedahkan siapakah 17 ahli kelab mereka dengan alasan mahu menjaga privasi mereka.

Boikot Ke Atas RB Leipzig

Ini membuatkan kempen besar-besaran dibuat oleh peminat bola sepak seluruh Jerman untuk memboikot perlawanan menentang Leipzig.

Dalam perlawanan pertama Bundesliga menentang Dortmund, peyokong lawan menyindir mereka dengan berkata:

“Kami akan bersama-sama dengan pasukan kami (BvB), tetapi menerusi radio bukannya ke stadium kamu. Jangan harap anda menikmati duit kami”

Mereka tidak mahu datang ke stadium Leipzig untuk mensabotaj hasil kutipan tiket. Ada juga yang mencaci Leipzig dengan membaling kepala kerbau (lambang Red Bulls) ke arah mereka.

rb3

Banyak lagi protes dijalankan di seluruh Jerman. Sebuah kelab kerdil berhampiran mereka Hallescher FC kini ada sepanduk khas untuk RB Leipzig iaitu “Tradition Hat Einen Namen” atau “Tradisi Menggantikan Nama.”

Seorang penyokong Hellescher berkata kepada NY Times:

“Dulu mereka adalah seteru kami sebagai satu pasukan bola sepak. Namun kini kami lebih membenci mereka lebih daripada itu.”

“Warna dan nama kelab adalah identiti dan kebanggaan penyokong, namun mereka sanggup menggadaikannya hanya kerana wang!”

Sebuah lagi kelab setempat dengan mereka ialah Lokomotive Leipzig juga sangat bencikan RB Leipzig.

Bukan Leipzig Sahaja

Leipzig bukanlah satu-satunya pasukan yang dimiliki oleh syarikat besar. Contohnya Wolfsburg dimiliki Volkswagen. Bayer Leverkusen dimiliki Farmasi Bayer. Hoffenheim pula dimiliki oleh SAP.

Namun peminat di Jerman tidak begitu marah mungkin kerana ia adalah syarikat tempatan dan tidak mengambil kesempatan dengan menamakan semula nama pasukan tersebut atas kepentingan sendiri.

Aksi Di Atas Padang

Di sebalik tekanan sebagai pasukan yang paling dibenci di Jerman, anak-anak buah Ralph Hasenhüttl setakat ini berada di landasan terbaik untuk mengelakkan dari tersingkir.

Malah mereka kini sedang bertarung untuk ke Eropah musim hadapan dan juga secara matematiknya sedang bersaing kejuaraa Bundesliga.

rb13

Mereka menjadi antara 3 pasukan yang masih belum tewas selepas 10 perlawanan. Mereka berada di tangga ke-2 hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan dengan Bayern Munich.

Mereka adalah pasukan yang kedua menjaringkan gol terbanyak dan pasukan kedua paling sikit dibolosi masing-masing di belakang Bayern Munich.

Luar Padang

Sebelum ini mereka hanya memerlukan 7 tahun untuk mara dari divisyen 5 ke Bundesliga. Antara watak penting adalah Ralf Ragnick yang kini merupakan pengarah sukan mereka.

Mereka kini memiliki fasiliti serba moden dengan stadium Red Bullls Arena yang berkapasiti 44,000 dan pusat latihan moden yang dianggap antara yang terbaik di Jerman.

rb4

Mereka memiliki 20,000 pemegang pas bermusim pada musim ini.

Pemilik RB Leippzig memang bercita-cita untuk menjadi kuasa baru di Jerman menyaingi Bayern Munich dan Borussia Dortmund dalam beberapa musim lagi.

Baca juga : Hulu Langat FC: Kelab Bola Sepak Yang Ingin Menjadi Kebanggaan Warga Hulu Langat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN