TERKINI: Leicester City Sahkan Pemilik Kelab, Vichai Srivaddhanaprabha Terkorban Dalam Nahas Helikopter

Sebentar tadi, Leicester City membuat kenyataan rasmi bahawa pemilik kelab mereka, Vichai Srivaddhanaprabha telah terkorban dalam nahas helikopter miliknya di perkarangan tempat letak kereta Stadium King Power.

Selepas perlawanan di antara Leicester dan West Ham semalam Vichai Srivaddhanaprabha seperti kebiasannya, selepas tamat perlawanan akan balik ke rumah menggunakan helikopter yang akan menjemputnya di stadium.

Malang tak berbau apabila ada kerosakan pada komponen belakang helikopter itu membuatkan ianya terhempas. Kejadian itu berlaku kira-kira 8.20 malam Sabtu. Dalam kenyataan rasmi kelab, Leicester City menyatakan:

“Dengan kesedihan yang amat dalam dan hati terluka kami mengesahkan yang pengerusi kami, Vichai Srivaddhanaprabha, merupakan salah seorang daripada mereka yang kehilangan nyawa secara tragik pada malam Sabtu lalu bersama-sama dengan 4 yang lain.”

“Kesemua 5 orang yang berada dalam helikopter, tiada seorang pun daripada mereka yang hidup.”

“Fikiran kami semua di kelab ketika ini adalah bersama dengan keluarga Srivaddhanaprabha dan ahli keluarga mereka yang turut berada dalam helikopter. Buat masa ini ianya satu kehilangan yang tak terungkap.”

https://twitter.com/AwayDayFooty/status/1056636598857678849

“Dunia telah kehilangan seorang lelaki yang hebat. Seorang lelaki yang baik hati, pemurah dan seorang yang mengabdikan dirinya dengan menyayangi keluarganya yang beliau telah berjaya bimbing. Leicester City merupakan satu keluarga di bawah kepimpinan mendiang.”

“Satu keluarga yang akan berdukacita dengan pemergian mendiang dan (kami) akan kekal mengejar visi demi kelab yang kini sudah menjadi legasi mendiang.”

Vichai membeli Leicester City pada 2010 dan di bawah pemilikannya, kelab itu mencipta sejarah yang tak tercapai dek akal. Daripada pasukan yang bertarung dengan penyingkiran kepada pasukan yang menjuarai EPL pada musim 2015/16. Ianya dianggap antara sejarah terhebat dalam dunia sukan.

Leicester City akan membuka stadium King Power pada 30 Oktober ini bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Vichai Srivaddhanaprabha pada pukul 8 pagi.

Bagi penyokong yang tak dapat datang ke stadium mereka boleh mengucapkan salam takziah menerusi laman rasmi lcfc.com

Leicester City juga mengesahkan yang perlawanan Piala Carabao di antara Leicester dan Southampton pada Selasa ini akan ditunda. Begitu juga perlawanan melibatkan pasukan pembangunan Leicester yang dijadualkan menentang Feyenoord dalam Premier League International Cup juga akan ditunda ke satu tarikh baharu.

Kelibat Vichai pastinya akan dirindui, bukan sahaja di perkarangan kompleks sukan Leicester City tetapi di Lapangan Terbang Luton juga. Ini kerana biasanya, Vichai akan menggunakan lapangan terbang itu untuk balik ke Thailand dengan jet peribadinya.

Vichai sebenarnya merancang untuk balik ke Thailand selepas perlawanan Sabtu lalu daripada lapangan terbang Luton. Namun mendiang tidak akan kembali lagi ke Thailand buat selama-lamanya.

Salam takziah kepada Leicester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN