Quantcast

BERITA

Leicester Tolak Tawaran Dari Manchester United Untuk Harry Maguire

Manchester United menyalakan kembali impian untuk mendapatkan bek tengah Leicester, Harry Maguire. Ini selepas beberapa hari mereka mendapatkan Aaron Wan-Bissaka dengan nilai £50 juta dari Crystal Palace.

Sky Sports melaporkan, Man. United menghantar bidaan bernilai £70 juta untuk pemain kebangsaan England tersebut. Namun tawaran itu ditolak.

Leicester sebelum ini menyatakan pendirian mereka bahawa Maguire bukan untuk dijual. Jika ada pasukan yang mahukan pemain itu mereka perlu menawarkan harga yang tinggi.

Leicester merasakan bidaan £70 juta oleh Man. United masih belum memuaskan mereka ketika ini.

Maguire dilaporkan menyerahkan masa hadapan beliau kepada kelabnya dan buat masa ini tidak terdesak untuk meninggalkan pasukan tersebut.

Ada beberapa laporan menyatakan Leicester meletakkan tanda harga £70 juta untuk pemain itu.

Pada jendela perpindahan yang lalu, Manchester United turut melancarkan bidaan untuk mendapatkan Maguire. Namun pemain itu memilih untuk melanjutkan kontrak di Leicester.

Selain daripada Man. United, jiran mereka iaitu Manchester City juga berminat untuk mendapatkan Harry Maguire bagi menggantikan Vincent Kompany.

Maguire merupakan pemain bek tengah yang bagus dengan bola (with the ball). Ini yang membuatkan Pep Guardiola mahukan kualiti beliau di dalam pasukan.

Man. City dijangka akan mengemukakan tawaran rasmi mereka ke atas bek tengah itu. Selain itu, City juga menjadikan Leonardo Bonucci dan Nathan Ake sebagai antara pemain yang mereka mahukan jika gagal mendapatkan Maguire.