Leicester Tolak Bidaan Kedua Roma Untuk Mahrez

Leicester City menolak bidaan kedua AS Roma selepas bidaan pertama sebelum ini juga ditolak.

Minggu lalu AS Roma membida Riyad Mahrez dengan harga £20 juta. Leicester menolaknya kerana terlalu rendah. Roma kemudian memperbaiki bidaan mereka dengan £27 juta. Ia juga ditolak.

Mahrez sebelum ini menyatakan beliau berharap Leicester terbuka untuk mempertimbangkan potensi bidaan kelab lain untuk beliau.

Bagi Leicester City, ia angka tidak munasabah. Bayangkan penjaga muda Everton, Pickford dibeli oleh Everton dengan harga £31 juta.

Monchi pastinya dalam dilema untuk mendapatkan pemain baru dengan bidaan kecil seperti yang dilakukan beliau sebelum ini. Tambahan pula, Roma sudah melepaskan ramai pemain terutama sekali Mohamed Salah.

Mahrez dirasakan pengganti terbaik untuk Salah. Peminat Roma memberikan tekanan kepada Monchi untuk mendapatkan segera pengganti pemain seperti Salah dan Rudiger.

Roma turut kehilangan khidmat Francesco Totti yang bersara. Sebelum ini Monchi memberikan jaminan Roma akan lebih kuat walaupun peminat mempertikaikan polisi kelab mereka.

Penyokong Roma tidak mahu pasukan mereka menjadi kelan penjual seperti mana Sevilla dahulu. Dengan pasukan seteru mereka seperti Juventus, AC Milan dan Inter kelihatan aktif membeli bintang ternama.

Roma sedang giat memburu sasaran perpindahan mereka. Ini kerana mereka perlukan skuad lebih besar dengan pulangnya mereka ke UCL musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN