Brendan Rodgers mengesahkan bahawa Manchester United membayar ‘lump sum’ £80 juta untuk mendapatkan Harry Maguire.
Ia merupakan antara syarat wajib yang diletakkan oleh Leicester kepada United, jika mereka mahu membeli pemain itu. Secara keseluruhan Man United juga masih ada komitmen bonus tambahan sebanyak £5 juta untuk pemain tersebut.
Leicester enggan dibayar secara ansuran, dan mahu menggunakan wang segera bagi mendapatkan pengganti.
Banyak pasukan hari ini melakukan perjanjian dengan cara ansuran. Tetapi tidak dalam rundingan United ke atas Maguire bagi rekod perpindahan tertinggi melibatkan pemain pertahanan.
Rodgers diberikan dana tersebut untuk dibelanjakan pada Januari akan datang. Keutamaan Leicester pada Januari nanti adalah untuk mencari pemain defensif, terutama sekali mahu mencari seorang lagi bek tengah.
Leicester pernah cuba mendapatkan Nathan Ake sebaik sahaja mendapat wang £80 juta tersebut. Namun Bournemouth meminta sekurang-kurangnya £70 juta untuk pemain itu.
Mereka juga cuba mendapatkan Tarkowski dari Burnley, namun berhadapan dengan isu yang sama iaitu harga yang diminta terlampau tinggi.
Leicester berjaya mendapatkan Caglar Soyuncu. Pemain tersebut sangat cemerlang setakat ini bersama dengan Leicester. Namun Soyuncu. Namun Rodgers mengesahkan pemain itu memang dalam radar mereka, walaupun Maguire tidak dijual.
Soyuncu awalnya dibeli untuk bersaing dengan Wes Morgan.
Jadi, Januari nanti, Leicester dijangkan akan memburu kembali sama ada Nathan Ake ataupun Tarkowski.
Selain daripada pemain pertahanan, Leicester juga mahu mendapatkan seorang pemain penyerang pada Januari akan datang.
Sejak menyertai Manchester United, Maguire terus menjadi pemain utama dan pemain penting skuad Syaitan Merah.