Brendan Rodgers berkata Leicester City enggan memikirkan sangat mengenai peluang untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL), walaupun berjaya mengatasi kedudukan Manchester City untuk berada di tempat kedua.
Leicester melonjak ke kedudukan kedua selepas menewaskan Arsenal 2-0 pada malam tadi.
Pernah bergelar juara pada musim 2015/16, Leicester tampak kecewa pada babak pertama perlawanan selepas terlepas deretan peluang keemasan.
There’s a lot to look at with this goal. I won’t mention Holding’s lack of application, or how easily he, Torreira and Guendouzi allow the pass into the box.
I will mention 10 passes. Patience. Movement. Bravery. A Brendan Rodgers team at their very best.pic.twitter.com/PscXl0xuzA
— The Tactical Times (@Tactical_Times) November 9, 2019
Leicester akhirnya memecah kebuntuan melalui penyudah Jamie Vardy hasil gerakan berpasukan yang menarik, diikuti oleh jaringan James Maddison yang melalui celah kaki Hector Bellerin sebelum menerjah gawang.
Kemenangan tersebut bermakna Leicester melonjak di atas Manchester City dan Chelsea dengan 26 mata dari 12 perlawanan. Hanya lima mata membezakan The Foxes dan juga Liverpool yang akan beraksi menentang Manchester City pada malam ini.
Second in the #PL but Brendan Rodgers says Leicester are “not really thinking about the title race”.
More: https://t.co/5VLgITyNxm pic.twitter.com/xIno0p65OG
— BBC Sport (@BBCSport) November 9, 2019
“Kami hanya memikirkan bagaimana untuk membangunkan pasukan dan menjadikan pasukan ini lebih baik. Jika kami mampu ke Eropah di bawah kendalian saya, maka ia adalah sesuatu yang bagus,” ujar Rodgers.
“Ia seperti membaling bom tangan sekarang. Kami semua bekerja dengan sangat, sangat, sangat baik sekarang. Kami hanya mahu fokus kepada 10 perlawanan seterusnya, dan kemudian menilai kembali apa yang telah dilakukan.
“Saya datang ke sini untuk melakukan impak, dan membina sesuatu yang kelab boleh kekalkan untuk tahun-tahun mendatang.”