Leicester City Pecat Shakespear Selepas Hanya 4 Bulan, WBA Terus Jadi Badi

Leicester City sah memecat Shakespear selepas hanya 4 bulan menduduki jawatan tersebut secara tetap.

Musim lalu, Craig Shakespeare dengan bangga mengambil alih jawatan daripada Claudio Ranieri. Lebih menarik, media Leicester yang pro-Ranieri sendiri pada awalnya menuduh Shakespear ‘gila kuasa’.

Ramai penyokong Leicester merasakan, mereka sepatutnya lebih bersabar dengan Ranieri walaupun tersingkir dari EPL sekalipun, Ranieri berhak kekal di sana selagi mana dia mhu.

Ini kerana, magis Ranieri telah meletakkan Leicester menjuarai EPL dalam keadaan yang sangat mengejutkan dalam sejarah.

Shakespeare tidak ada membuat sebarang kenyataan sokongan langsung kepada Ranieri ketika ada berita Ranieri ditentang oleh beberapa pemain.

Ketika pada fasa perlantikan sebagai interim Shakespeare masih tidak menunjukkan reaksi terkejut beliau tentang pemecatan Ranieri.

Beliau hanya memberitahu media yang beliau menghormati Ranieri dan ada menghubungi Ranieri hanya selepas hampir sebulan dilantik menjadi interim.

Selepas beberapa keputusan positif, Shakespeare terus meminta jawatan pengurus tetap. Dan beliau dihadiahkan dengan kontrak tetap dengan kontrak 3 tahun.

Tindakan ini agak kurang difahami segelintir penyokong Leicester yang mahukan Nigel Pearson kembali semula bukannya melantik Shakespeare.

Tetapi keputusan itu dibuat selepas pemilik kelab yakin Shakespeare adalah jurulatih yang tepat untuk membawa semula Leicester ke saingan bola sepak Eropah.

Shakepeare mengeluarkan Leicester daripada zon penyingkiran dan menamatkan kempen di tangga ke-12. 8 kemenangan daripada 16 perlawanan dan berjaya membawa Leicester mara ke suku akhir. Kelab Inggeris paling jauh mara di UCL tahun lalu.

Hanya selepas 4 bulan menduduki kerusi pengurus secara tetap, Shakespeare dipecat! Ini selepas kegagalan Leicester menang dalam 6 perlawanan terakhir.

10 daripada perlawanan mereka musim ini dalam semua pertandingan, Leicester hanya menang 3, seri 4 dan kalah 4.

4 kekalahan mereka musim ini adalah daripada perlawanan menentang Arsenal, Manchester United, Chelsea and Liverpool.

Badi West Brom

Keputusan seri dengan West Brom telah menjadi perlawanan terakhir Shakespeare dengan Leicester.

Pada 2012, McCarthy dipecat Wolves kerana tewasn 5-1 di tempat sendiri di tangan WBA. Pengurus muda berbakat, Andre Villas Boas juga dipecat pada 2012 selepas kekalahan Chelsea 1-0 di Hawthorns.

Villas Boas hanya 8 bulan menguruskan Chelsea. Pengganti Villas Boas, Roberto Di Matteo juga dipecat selepas tewas di Hawthorns.

Roberto Mancini dipecat pada 2013 selepas hanya menang 1-0 ke atas WBA. Pemilik kelab memecat Mancini kerana menaganggap ia kemenangan yang kurang meyakinkan.

Untuk Sir Alex Ferguson, kami anggap ia bukan badi atau penyebab Sir Alex dipecat. Tetapi fakta menarik, Alex Ferguson umumkan persaraan pada akhir 2013. WBA mengikat United dengan 5-5 dalam perlawanan terakhir Fergie bersama United.

Rumusan kami adalah, pemecatan Ranieri masih seharusnya diteliti dengan lebih baik sebelum ini. Leicester ketika itu yakin mereka akan mendapat pengurus berprofil tinggi kerana status juara EPL dan juga layak ke UCL.

Mereka dikatakan yakin antara Roberto Mancini ataupun Guus Hiddink akan datang ke Leicester. Mancini pernah bermain di sana secara pinjaman.

Namun kedua-dua pengurus tersebut enggan menerima jawatan itu kerana merasakan mereka tidak akan mampu menggantikan Ranieri yang sudah melakukan tugasan luar biasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN