Legenda Manchester United Calon CEO Skuad Harimau Malaya?

Nama legenda Manchester United iaitu Park Ji-sung kini antara dikaitkan selaku salah seorang calon paling layak mengisi jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) buat skuad Harimau Malaya.

Terdahulu, Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tampil dengan pendedahan baharu mengenai ciri-ciri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Umum mengetahui, Tunku Ismail antara individu yang kini sedang berusaha untuk memperbaiki kembali struktur bola sepak di Malaysia dengan beberapa perubahan giat dijalankan.

Ujar Tunku Ismail, ciri-ciri penting CEO baharu Malaysia perlu memiliki pengetahuan dan memahami selok belok bola sepak profesional daripada pelbagai aspek.

“Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan Malaysia mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial, dan hubungan interpersonal dalam bola sepak.

“Beliau juga perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya.

“Beliau mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya.

“Selain itu, beliau juga perlu berupaya memberi nasihat kepada liga berkenaan dasar-dasar yang boleh secara langsung dan tidak langsung meningkatkan kedudukan pasukan kebangsaan kerana liga yang kuat dengan lebih banyak pasukan yang diuruskan dengan baik akan meningkatkan standard bola sepak Malaysia,” jelas baginda di media sosial X.

Menerusi perkongsian terbaharu daripada Harian Metro hasil daripada pandangan pemerhati bola sepak tempatan iaitu Profesor Madya Dr Zulakbal Abd Karim, nama bekas pemain kebangsaan Korea Selatan itu dianggap calon paling tepat selaku CEO baharu skuad kebangsaan Malaysia.

Ini kerana Park dianggap memiliki rangkaian yang hebat bersama individu berpengaruh dunia selain pengetahuan luas dalam dunia bola sepak menerusi pengalaman dimiliki.

“Saya melihat individu paling sesuai menyandang jawatan CEO adalah Ji Sung. Beliau juga memiliki pengetahuan dalam bidang perniagaan dan ada hubungan baik beberapa pihak di Eropah.

“Hal ini kerana, bagi saya di Malaysia tiada individu yang beraksi di peringkat tertinggi dalam bola sepak seperti Piala Dunia dan pada masa sama memiliki pengaruh dan pengetahuan tinggi dalam sukan itu.

“Jika mahukan perubahan, kita perlu berani mengambil individu yang ada nama di mata dunia sekali gus akan dipandang oleh negara lain,” kata beliau pada Harian Metro.

Apapun, Tunku Ismail mengesahkan CEO terbaharu Malaysia bakal diumumkan pada hari ini menerusi perkongsian dilakukan baginda sendiri.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN