Legenda Liverpool Pamer Bakat Selaku DJ Di Kuala Lumpur

Bekas pemain legenda Liverpool iaitu Djibril Cisse tampaknya bukan sahaja ke Malaysia baru-baru ini untuk beraksi di atas padang, tetapi beliau juga turut mempamerkan kehebatannya di luar padang.

Terbaharu, Cisse telah pun dijemput oleh SIX by Saro selaku penampilan istimewa mereka dan bekas pemain kebangsaan Perancis itu tampil di sana selaku DJ.

Video Cisse berada di kelab dan beraksi selaku DJ juga turut dikongsikan oleh pengguna media sosial X iaitu bert dengan mempamerkan beberapa video bekas pemain legenda The Reds itu.

“Ex Liverpool striker, Djibril Cisse jadi DJ lepas bersara dari bolasepak. Semalam lepas skor hatrik dekat Bukit Jalil, dia mai Saro jap untuk perform,” kata beliau.

Terdahulu, Cisse menjadi antara pemain legenda yang mewakili Liverpool Reds ketika mereka menghadapi cabaran Manchester Reds di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pada aksi tersebut kedua pasukan saling memperkenalkan barisan pemain legends mereka dan Liverpool Red mempertaruhkan Cisse selaku penyerang utama.

Hasilnya, bekas pemain berusia 42 tahun itu cemerlang meledak jaringan hatrik sambil Sinama-Pongolle turut menambah satu gol bagi memastikan mereka meraih kemenangan 4-2 mengatasi Manchester Reds.

Dua jaringan Manchester Reds pula ketika itu diraih menerusi Danny Webber serta penyerang handalan English Premier League (EPL) suatu ketika, Dimitar Berbatov.

Cisse yang kini sudah berusia 42 tahun menjadi antara tumpuan utama ketika di SNBJ kerana bisa beliau di hadapan gol masih terbukti walaupun sudah bersara daripada dunia bola sepak profesional beberapa tahun lalu.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional suatu ketika, Cisse telah meraih pelbagai kejuaraan terutama sekali ketika mewakili gergasi England tersebut meraih gelaran juara UEFA Champions League (UCL) pada musim 2004/2005 mengatasi AC Milan di Istanbul.

Beliau juga sempat meraih beberapa kejuaraan bersama pasukan lain sebelum itu seperti Auxerre di Perancis serta dua trofi ketika bersama kelab dari Greece iaitu Panathinaikos pada musim 2009/2010.

Daripada segi kejuaraan individu, Cisse sempat meraih gelaran penjaring terbanyak ketika mewakili Auxerre pada 2001/2002 dalam saingan Ligue 1 serta pemain terbaik bulanan di sana pada Disember 2003.

Kali terakhir beliau meraih gelaran individu pada tahun 2010 ketika Cisse meraih trofi selaku pemain asing terbaik dalam saingan utama di Greece sewaktu dirinya bergelar penyerang buat Panathinaikos.

Kini, beliau lebih banyak menceburkan diri dalam dunia DJ dan bakat Cisse jelas sangat terserlah untuk bidang tersebut selepas bersara dalam dunia bola sepak profesional.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN