Bekas petarung UFC, Khabib Nurmagomedov mempunyai cara yang unik untuk menolak tawaran minuman wain daripada Sir Alex Ferguson.
Bekas bintang UFC dari Rusia itu baru-baru ini menjadi tetamu istimewa kelab Liga Perdana Inggeris itu di Old Trafford dan sempat menyaksikan perlawanan membabitkan kelab itu menentang Everton Sabtu lalu.
Ia bukan menghairankan Khabib hadir menyaksikan perlawanan membabitkan Manchester United. Ini kerana Cristiano Ronaldo adalah sahabat baik bintang UFC tersebut dan kehadiran beliau adalah untuk memberikan sokongan kepada pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.
Introducing @TeamKhabib to the 𝐓𝐡𝐞𝐚𝐭𝐫𝐞 𝐨𝐟 𝐃𝐫𝐞𝐚𝐦𝐬 🏟️✨#MUFC | #UnitedOnTikTok pic.twitter.com/dPbCu5ohiA
— Manchester United (@ManUtd) October 4, 2021
Impian Khabib menyaksikan Ronaldo menyarung jersi Manchester United juga menjadi realiti apabila pemain itu dimasukkan pada babak kedua perlawanan dan beraksi 33 minit.
Sayangnya Ronaldo gagal mencetak gol dan Manchester United pula terpaksa menerima keputusan seri 1-1 menentang kelab dari Merseyside itu.
Jumpa legenda Old Trafford
Walaupun sedikit kecewa dengan keputusan perlawanan, ia jelas tidak menyebabkan mood Khabib terjejas. Malah selepas perlawanan, Khabib berkesempatan menggunakan peluang kunjungan tersebut untuk merakam kenangan bersama legenda-legenda di Old Trafford.
Antara nama-nama besar yang Khabib sempat temui ialah seperti Usain Bolt, Patrice Evra, dan sudah tentu sekali pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson.
Legends in their own rights 🙏🔴#MUFC pic.twitter.com/K02tinbpkY
— Manchester United (@ManUtd) October 2, 2021
Sebagai tuan rumah, sudah adat untuk kita melayani tetamu. Itulah juga yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson kepada Khabib.
Dalam pertemuan tersebut, Sir Alex sempat menawarkan segelas wain sebagai menghormati tetamunya. Itulah budaya di eropah.
Akan tetapi sebagai penganut beragama Islam, bekas bintang UFC yang terkenal dengan nama jolokan The Eagle tidak boleh menerima tawaran tersebut.
Bagaimana Khabib tolak tawaran Sir Alex
Lalu bagaimana Khabib menolak tawaran daripada Sir Alex dengan sopan dan tidak menyebabkan ada pihak yang tersingung?
“Saya berfikir, bagaimana saya mahu menjelaskan kepadanya bahawa saya seorang Muslim? Jadi saya katakan kepadanya: ‘Minum [minuman beralkohol] tidak baik untuk saya kerana jika saya mabuk, saya akan belasah setiap orang di sini,'” kata Khabib ketika ditemuramah BBC mengenai pengalamannya.
Khabib on his response to Sir Alex Ferguson asking him if he'd like some Wine 😂😂😂 pic.twitter.com/CibVIj7u7G
— Garabsare (emotionally unavailable) (@CisseRiyoole) October 3, 2021
Setelah mendengar jawapan sedemikian dari The Eagle, Sir Alex terus faham dan tidak lagi menawarkan wain kepada beliau.
Sejak bersara dari UFC, Khabib Nurmagomdov sering menunjukkan minatnya di dalam sukan bola sepak.
Malah pada Januari lalu, Khabib pernah membayangkan mahu bertukar bidang dan menjadi pemain bola sepak profesional.